Pakej Bantuan PERMAI: Data 1GB Internet Percuma Dilanjutkan Sehingga 30 April 2021

Menerusi Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang baru sahaja diumumkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan yang bernilai RM15 bilion sebagai bantuan tambahan.

Selaras dengan keperluan norma baharu yang banyak bergantung kepada penggunaan alat digital, kerajaan kini melanjutkan tempoh capaian internet percuma. Pemberian data 1GB internet percuma kini dilanjutkan sehingga 30 April 2021.

Bagi tujuan ini, kemudahan sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan dengan kerjasama antara syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah bermula sejak 1 Januari 2021.

Sebelum ini, kerajaan juga telah mengumumkan pemberian internet percuma 1GB untuk semua di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada Mac tahun lalu.