Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple samsung

Pakar Cip Apple Letak Jawatan Dan Sertai Samsung Electronics

Diterbitkan Julai 27, 2022 oleh Nadiah Ab

Setelah sembilan tahun, pakar cip atau semikonduktor Apple meletakkan jawatan untuk menyertai syarikat pesaing, Samsung.

Kim Woo-Pyeong telah bekerja di Apple sejak tahun 2014 selepas bekerja di Texas Instruments dan Qualcomm pada tahun-tahun sebelumnya.

Apple menggunakan pelbagai cip dalam perantinya, daripada teknologi cip jalur lebar ultra kepada pemproses berkuasa untuk semua perantinya serta modem 5G custom-made yang dilaporkan sedang dibangunkan.

Di Samsung, Kim nanti akan menjadi pengarah syarikat untuk pusat packaging solution baharu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Samsung telah meningkatkan penglibatannya dalam segmen semikonduktor, malah baru sahaja mengumumkan telah memulakan pengeluaran cip 3nm dengan menggunakan seni bina transistor baharu.

Persaingan antara Apple dan Samsung kekal sengit, dengan kedua-dua syarikat terus bersaing dalam industri telefon pintar, jam tangan pintar, dan aksesori seperti AirPods dan Galaxy Buds.

Walaupun bersaing antara satu sama lain, Samsung dan Apple tetap bekerjasama, terutamanya untuk paparan OLED.

Sumber: Business Korea

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY