Satu lagi berita berkenaan acara IFA 2018 kami bawakan untuk anda. Huawei dilaporkan akan memperkenalkan dua variasi warna baru bagi peranti premium mereka, P20 Pro semasa acara itu kelak. Menurut sumber, peranti yang pertama akan hadir dengan kecerunan pelbagai warna yang bermula daripada warna hitam dari satu sisi hujung peranti, sehinggalah pada warna seakan turqoise di bahagian…
ZTE Bakal Buat Kemunculan Semula Di IFA 2018
Terpalit dengan sekatan yang dikenakan kepada mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat kebelakangan ini, ZTE dijangka akan membuat kemunculan semula di IFA 2018 hujung bulan ini. Mereka dilaporkan akan melancarkan peranti Axon 9 semasa acara itu nanti. See you at #ifa2018 ! pic.twitter.com/LROy1FTYcq — ZTE Device (@ZTEDevice) August 16, 2018 Ia diumumkan sendiri oleh ZTE menerusi…
Samsung Dijadual Akan Melancarkan TV 8K QLED Pertamanya di IFA 2018
Terpegun dengan kualiti gambar yang dipaparkan pada televisyen dengan resolusi 4K? Tunggu sehingga anda melihat bagaimana tajamnya butiran gambar yang dipertontonkan oleh panel skrin 8K pula. Bercakap mengenainya, Samsung dikatakan akan mengambil kesempatan sempena acara IFA 2018 hujung bulan ini bagi memperkenalkan TV 8K QLED pertama mereka. Acara pameran industri itu akan berlangsung dari 31…
Qualcomm Dilaporkan Mahu Bawa Teknologi NPU Pada Cip Snapdragon 855
Beberapa hari yang lepas, Huawei telah mengesahkan bahawa peranti Mate 20 akan menjadi yang pertama untuk menggunakan cip pemprosesan terbaru, Kirin 980. Dan semalam, pencabar mereka, Qualcomm pula dikatakan mendedahkan maklumat baru mengenai cip Snapdragon 855 mereka. Menurut laporan WinFuture, sistem cip yang masih belum dilancarkan itu mungkin akan hadir dengan teknologi unit pemprosesan neural(NPU). Teknologi…
Oppo R17 Pro Bakal Disokong Oleh Tri-Kamera Utama Dengan Fungsi Sama Seperti Galaxy Note 9
Samsung Galaxy Note 9 telah diperkenalkan dengan sokongan kamera utama yang mempunyai fungsi aperture atau bukaan boleh ubah. Tujuannya adalah untuk memberi gambar yang terbaik mengikut kesesuaian suasana pengcahayaan mahupun ciri gambar yang dimahukan oleh pengguna seperti bokeh. Sokongan yang serupa dikatakan akan didatangkan bersama peranti Oppo R17 Pro yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi….
PUBG Mobile Beri Amaran Kepada Fortnite
Permainan video battle royale popular, Fortnite telah di bawa ke peranti Android buat pertama kalinya seiring dengan pelancaran Samsung Galaxy Note 9 pada minggu lepas. Ia akan kekal eksklusif bagi peranti itu selama sebulan sebelum diperkenalkan kepada peranti Android lain di masa akan datang. Namun, baru-baru ini pesaing ketat mereka, PUBG Mobile telah memberi ‘amaran’…
