Sebelum ini telah dilaporkan tentang gangguan rangkaian Celcom sehingga 4 Julai 2021 di beberapa lokasi di 6 negeri. Gangguan tersebut disebabkan oleh masalah yang berlaku pada satelit MEASAT yang telah dilaporkan sebelum ini. Celcom sebelum ini memaklumkan bahawa masalah rangkaian mereka akan kembali pulih pada 5 Julai 2021. Tetapi semakan terbaru di laman rasmi Celcom…
Senarai Papan Litar MSI Yang Tersedia Dengan TPM 2.0
Selepas pengeluar perkakasan komputer BIOSTAR, GIGABYTE dan ASUS menyenaraikan papan litar utama (motherboard) mereka yang tersedia dengan Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0, kini giliran syarikat pengeluar perkakasan komputer dari jenama MSI pula menyenaraikan model motherboard mereka yang tersedia menyokong Windows 11. Suka diingatkan bahawa, siri motherboard MSI yang disenaraikan ini bukanlah menyatakan yang ia secara automatik…
SKMM Memendekkan Operasi Talian Khidmat Pelanggan Bermula 5 Julai 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan kepada orang ramai bahawa Talian Khidmat Pelanggan 1800 188 030 mereka disingkatkan waktu operasi untuk sementara waktu. Kini waktu operasi talian tersebut adalah dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari (Isnin-Jumaat) berkuat kuasa hari ini, 5 Julai 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan…
Standad Kualiti Perkhidmatan Industri Telekomunikasi Akan Dipertingkatkan Mulai 1 Ogos 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan bahawa Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang baharu akan dikuat kuasakan mulai 1 Ogos 2021. MSQoS merupakan salah satu instrumen kawal selia utama yang diwujudkan bagi memastikan pengguna di Malaysia memperolehi perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti. Standad kualiti baharu itu merangkumi 4 kategori perkhidmatan iaitu, MSQoS Perkhidmatan…
Ini Adalah 5 Komputer Riba Yang Berbaloi Bawah RM2500
Memandangkan kita masih lagi dikenakan perintah berkurung yang belum pasti bilakah akan tamat, pasti ramai di antara kita perlu bekerja di rumah. Lebih-lebih yang tinggal di kawasan Selangor. Oleh itu, bagi memberikan keselesaan atau menambah baik produktiviti ketika melakukan tugasan sewaktu di rumah, ini adalah 5 komputer riba berbaloi di bawah paras harga RM2500. Kebanyakan…
OPPO Reno6 5G Kini Hadir Dengan Warna Ungu Juga
Mula diperkenalkan penghujung Mei yang lalu, OPPO Reno6 didatangkan dengan 3 pilihan warna – black, blue dan gradient. Kini, peranti ini tampil dengan warna baharu, iaitu warna ungu. Selain itu, ia turut hadir dengan bungkusan edisi khas dan pilihan hadiah untuk pembeli wanita. Dari segi harga, OPPO Reno6 ini dijual bermula 2799 yuan (~RM1800) bagi…
