Setiap 2 Atau 3 Minggu, Apple Akan Membeli Syarikat-Syarikat Kecil Yang Berpotensi Besar

Dah macam membeli-belah barang keperluan dipasar.


CEO Apple Inc.,TimCook dalam temubual bersama CNBC baru-baru ini memberitahu, mereka akan membeli beberapa buah syarikat kecil tetapi mempunyai potensi besar pada setiap 2 atau 3 minggu.

If we have money left over, we look to see what else we [can] do. We acquire everything that we need that can fit and has a strategic purpose to it. And so we acquire a company on average, every two to three weeks.

TimCook - CEO Apple Inc.


Malah dalam tempoh 6 bulan ini, beliau memberi tahu bahawa Apple telah pun berjaya membeli lebih kurang 20 ke 25 syarikat berpotensi.

Kapsyen: Beats Music dan Beats Electronics yang dibeli Apple dengan jumlah pembelian USD3 bilion pada May 2014 merupakan antara pembelian termahal yang pernah dilakukan Apple.


Kemampuan Apple mengambil alih syarikat-syarikat kecil ini adalah dengan adanya tunai ditangan mereka sebanyak USD225.4 bilion, berdasarkan laporan terbaru kedudukan kewangan Apple.

Berkaitan