Overwatch Kini Boleh Di Mainkan Di Dalam Komputer Mac







Jika anda memiliki Mac dan sudah menanti
lama untuk bermain Overwatch menggunakan komputer anda itu, hari ini mungkin
hari bertuah buat anda. Parallels 12, perisian mesin maya versi baharu yang
membolehkan Windows beroperasi di dalam Mac.





Parallel bersama Blizzard Entertainment
berusaha memastikan permainan kegemaran ramai itu dapat dimainkan di dalam
komputer Mac. Bukan sekadar itu, ciri-ciri lain yang turut di datangkan pada
versi terbaru dapat menjimatkan kuasa bateri sebanyak 10%. Selain itu, terdapat
20 fungsi berbeza didalam Parallel Toolbox bertujuan memudahkan anda melakukan
tugasan menggunakan Mac dan paparan Retina juga sudah dinaik taraf.















Anda juga boleh menggunakan aplikasi Windows
10 Xbox dimana pelbagai permainan Xbox dapat dimainkan menggunakan Mac.
Parallels 12 bakal menemui pengguna  pada
23 Ogos ini.

Berkaitan