Overwatch Ditawarkan Percuma Sehingga 26 November Ini

Permainan berasakan First Person Shooter, Overwatch kini boleh dimainkan secara percuma bagi tempoh masa seminggu bermula 20 November 2018 dan bakal berakhir pada 26 November depan.



Ditawarkan pada tiga platform berasingan iaitu, komputer, PS4 dan juga Xbox. Pemain memerlukan akaun Blizzard untuk komputer, Xbox Live Gold untuk Xbox One dan langgan PlayStation Plus bagi pemain PS4.

Jika berhajat untuk membeli permainan tersebut, diskaun sebanyak 66% juga ada diberikan.

Menurut laman MyGameOne, sepanjang tempoh percuma ini, tiga spray bertemakan Ashe akan dinikmati secara percuma kepada anda yang menonton 2 jam penstriman secara langsung Overwatch di Twitch yang telah menyambungkan akaun Twitch bersama akaun Blizzard.

Sumber: Overwatch via MyGameOn