Overclocker Profesional Tetapkan Rekod Dunia Dengan Intel Core i9-9900K

Intel® Core™ i9-9900K masih lagi cip yang terbaik dengan 8 teras dan 16 bebenang tetapi dengan harga yang dianggap mahal berbanding dengan apa yang AMD tawarkan melalui Ryzen 7 2700X, perkiraan wang yang dibelanjakan untuk setiap teras tetap memihak kepada platfom Ryzen

Tetapi bila bercakap mengenai prestasi, Core™ i9-9900K masih tidak dapat dicabar oleh Ryzen. Setelah beberapa minggu selepas pelancaran cip pemprosesan terbaru dari Intel, beberapa overclocker tidak menunggu lama untuk menguji had kemampuan cip tersebut.

Sebagai permulaan, Core™ i9-9900K dikunci pada 3.6GHz dari dalam kotak dan boleh dinaikkan sehingga 5.0GHz menggunakan tetapan dari Intel. Overclocker perlu memastikan suhu cip terkawal dalam menaikkan clockspeed cip agar tidak merosakkan cip secara kekal.

Senarai rekod yang dipegang Core™ i9-9900K

Setakat ini, rekod dipegang oleh der8auer yang mencapai clockspeed sehingga 7.613GHz untuk prestasi teras tunggal. der8auer juga telah mengkritik Intel kerana menggunakan lapisan stim (soldered thermal interface material) yang lebih tebal, menyebabkan suhu cip Core™ i9-9900K cepat panas.

Dia menjelaskannya di dalam sebuah video di bawah:

https://youtu.be/r5Doo-zgyQs

Dia mendapat hasil terbaik setelah melakukan proses delidding dan membuang lapisan sTIM sebanyak 0.20mm. Menarik untuk dilihat jika anda berminat untuk menceburkan diri dalam kerja-kerja overclocking.

Sumber: PC Gamer, Hothardware