Outlook.com Tawar Pelan Premium Tanpa Iklan Dengan 5 Alamat Emel - Dengan Harga

Sekiranya anda tidak gemar dengan iklan-iklan yang muncul ketika melayari emel di Gmail, mungkin anda boleh cuba beralih kepada pelan premium yang ditawarkan oleh Outlook.com ini.

Dengan harga RM 80 setahun, pengguna boleh membuang iklan dari inboxnya dan boleh menyertakan lima emel dengan domain sendiri.

Harga itu ditawarkan oleh Outlook sebagai harga promosi dan tidak lama lagi, servis itu akan beralih semula kepada harga pelan kekalnya iaitu RM200 setahun.

Adakah ia berbaloi? Yang pasti, buat pengguna tegar Outlook, pelan ini sangat menjimatkan dan mampu milik.

Namun, malang buat pengguna di Malaysia, pelan itu hanya dibenarkan buat pengguna di US dahulu buat masa sekarang.