Osmo Pocket - Gimbal Terbaru Dari DJI Yang Bersaiz Kecil

Pada acara CES 2018 yang lalu, DJI telah memperkenalkan dua versi gimbal iaitu OSMO Mobile 2 dan Ronin S yang menyasarkan kepada pengguna telefon pintar dan pengguna kamera DSLR.

Kini, jenama yang terkenal dalam lapangan dron itu telah tampil memperkenalkan sebuah gimbal dengan saiz yang lebih kecil iaitu OSMO Pocket.



OSMO Poket adalah gimbal dengan mekanikal 3 paksi yang berupaya melaras secara tepat pergerakan apabila sedang membuat rakaman ketika bergerak.

Sistem kameranya menggunakan sensor 1/2.3 inci dan mampu merakam video 4K pada kadar 60 fps pada 100Mbps. Untuk rakaman menggunakan telefon pintar, ia boleh disambung kepada telefon pintar Android dan iOS melalui penyesuai yang dibekalkan.



Untuk navigasi dalam sistem, DJI menyediakan skrin sesentuh berukuran 1 inci. Walaupun rekaannya kecil, OSMO Pocket tetap memberikan beberapa mod rakaman yang baik seperti pengesanan objek, wajah, time lapse dan auto panorama.

Aksesori tambahan juga ditawarkan seperti pelindung kalis air, penyesuai bicu audio, penapis cahaya ND, modul tanpa wayar, roda pengawal dan beberapa aksesori lain.



Ia akan mula dijual bermula 15 Disember pada harga $349  iaitu sekitar ~RM1463 mengikut tukaran matawang semasa. Penawaran untuk pasaran Malaysia belum dapat dipastikan tarikhnya lagi.