Original iPod Dijual Di laman eBay Pada Harga USD20 Ribu

Peranti MP3 tersebut masih belum dibuka keluar dari kotaknya.


Sebuah peranti pemain muzik Apple, Original iPod didapati telah disenaraikan di laman eBay untuk dijual pada harga USD20 ribu.

Original iPod (iPod with scroll wheel) adalah peranti pemain muzik generasi pertama dari Apple yang mula diperkenalkan oleh mendiang Steve Jobs pada bulan Oktober 2001 dahulu.

Kapsyen: Kredit imej: eBay


Spesifikasi peranti tersebut yang dikatakan masih belum dibuka keluar dari kotak asalnya itu dilengkapi dengan storan 5GB, berwarna putih, menggunakan sambungan FireWire dan hanya menyokong format audio MP3 sahaja.

iPod tersebut ketika pertama kali dilancarkan berharga dari USD399.00. Model iPod ini dengan storan 10GB hanya dilancarkan pada Mac 2002.

Original iPod ini dikategorikan sebagai peranti yang telah merevolusi industri muzik serta rekaan peranti yang menjadi ikutan pelbagai pengeluar lain.

Original iPod telah ditamatkan pengeluarannya pada Julai 2002 bagi iPod dengan kapasiti storan 10GB dan April 2003 bagi iPod dengan kapasiti storan 5GB.