Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pc rental

Orange Esports Cafe Tawar Inisiatif Sewa Komputer Ke Rumah Untuk Bermain Permainan

Diterbitkan Mac 26, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Terbaru, Orange Esports Cafe jalin kerjasama dengan Logitech Malaysia dalam menawarkan inisiatif sewaan komputer dan alatan yang berkaitan kepada pengguna di rumah. Inisiatif sebegini menggalakkan orang ramai untuk kekal berada di rumah sepanjang tempoh PKP.

Selain itu, dengan usaha ini juga dapat melengkapkan keperluan bagi yang perlu bekerja dari rumah dalam penggunaan komputer. Pengguna yang berminat boleh memilih dua pakej yang berbeza mengikut pilihan masing-masing.

pc rental

Setiap pakej mempunyai spesifikasi dekstop yang berbeza serta tempoh sewaan selama dua minggu atau sebulan. Menariknya, komputer ini turut dipasangkan dengan perisian dan permainan seperti Dota 2, CS:GO, Fortnite, APEX Legends dan PlayerUnknown Battlegrounds.

Penawaran ini terhad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan akan ditawarkan di sekitar Lembah Klang sahaja. Perkhidmatan sewaan komputer ini akan dihantar terus ke rumah anda.

pc rental

Bagi ahli Orange Esports Cafe yang membuat tambah nilai RM 128 bakal mendapat tambahan bonus sebanyak RM 50 dan jersi edisi terhad Orange Esports yang bernilai RM 128. Tawaran ini bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2020

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY