Optikal Atau Ultrasonik, Mana Satu Pengimbas Cap Jari Pilihan Anda?

Teknologi pengimbas cap jari dalam paparan merupakan satu teknologi yang masih baru lagi diperkenalkan. Peranti pertama yang telah menggunakan ciri ini adalah Vivo X20 Plus.



Kemudian, semenjak dari itu semakin banyak syarikat sudah mula mengikut perubahan ini termasuklah jenama seperti Samsung.

Jenis teknologi pengimbas cap jari

Terdapat dua jenis pengesan cap jari dalam skrin yang telah diperkenalkan buat masa kini yang membezakan cara teknologi itu diguna pakai.

  • Optikal


Kebanyakan syarikat telefon pintar menggunakan pengesan cap jari jenis optikal. Jenis ini berfungsi sebaik sahaja jari diletakkan di atas pengesan, kemudian skrin akan mula bercahaya untuk mencari bentuk cap jari anda. Dengan adanya bantuan daripada cahaya tersebut, cap jari dapat dikesan dan peranti anda boleh dibuka.


Satu kelemahan dari cap jari jenis ini adalah ia memerlukan pencahayaan untuk berfungsi. Hal ini sedikit melecehkan apabila anda berada di tempat yang gelap.

Antara peranti yang menggunakan pengimbas jenis optikal ini adalah Huawei Mate 20 Pro, OnePlus 6T, Xiaomi Mi 9, Oppo R17 Pro dan lain-lain.

  • Ultrasonik


Pengimbas cap jari jenis ultrasonik merupakan teknologi yang terbaru dan telah diguna pakai dalam Samsung Galaxy S10 dan juga Galaxy S10+. Jenis ini lebih mudah digunakan walaupun anda berada di tempat gelap. Tidak memerlukan pencahayaan yang tinggi.

Secara tidak langsung, ia pantas serta memudahkan anda untuk membuka telefon pintar.

Jenis ultrasonik ini lebih selamat digunakan berbanding cap jari jenis optikal. Pengesan ultrasonik menggunakan gelombang bunyi untuk membuat satu peta melalui celahan-celahan jari anda. Ini membuatkan ia lebih sukar untuk dipecah masuk.


Antara kelebihan yang ada pada jenis ini adalah teknologinya sangat sesuai untuk penggunaan peranti nipis.

Selain mengimbas cap jari, gelombang yang dikeluarkan juga turut mengesan aliran darah dan boleh digunakan untuk mengira kadar degupan jantung, BMI, dan tahap gula dalam darah. Sekaligus memberi satu idea yang baik buat anda untuk memilih telefon pintar yang mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan jenis ultrasonik.

Sehubungan dengan itu, pengimbas cap jari jenis ultrasonik ini dikatakan lebih baik berbanding jenis optikal.

Jenis ultrasonik ini sememangnya lebih tepat daripada optik dan ia lebih selamat kerana kesan 3D yang dibawakan itu dibaca dan dicipta untuk mengesan dan mengimbas cap jari anda. Ia bukan hanya menggunakan imej seperti optik.

Ultrasonik semasa yang diguna pakai boleh menembusi melalui kaca dan logam dan ramai orang menjangkakan sensor baru nanti akan mampu melalui bahan yang lebih tebal.

 

Berkaitan