OPPO X Tom Ford - Konsep Peranti Dengan Paparan Boleh Gulung

Pada November yang lalu, OPPO telah memperkenalkan konsep peranti dengan teknologi paparan OLED boleh gulung menerusi acara OPPO INNO Day.

Terbaru, Letsgodigital telah mendedahkan sebuah konsep peranti baharu daripada OPPO yang direka khas dengan kerjasama pereka fesyen Amerika terkenal - Tom Ford.

Berdasarkan imej yang didedahkan, terdapat 3 kamera pada bahagian belakang yang dilihat seakan beg tangan dengan dilengkapi struktur butiran kayu dan panel belakang disalut kulit.

Malah, pada modul kamera tersebut juga hadir dengan tulisanĀ "OPPO X Tom Ford - concept design Shakira". Perlu diingatkan bahawa ini hanyalah imej komputer yang dihasilkan Letsgodigital.



Bagi paparannya pula, ia boleh diluncurkan ke atas untuk memperluaskan lagi permukaan skrin dan ia sedikit berbeza berbanding yang diperlihatkan OPPO semasa acara tersebut dimana paparan diluncur pada bahagian sisi peranti.

Tambahan lagi, peranti ini sememangnya seakan beg tangan wanita dimana ia turut dilengkapi dengan binaan besi dan juga fabrik. Pada bahagian sisi peranti juga dilengkapi dengan slot kad SIM.

Kapsyen: Galaxy Z Fold 2 Thom Browne Edition


OPPO bukanlah jenama pertama yang bekerjasama dengan pereka fesyen kerana Samsung sebelum ini juga pernah berbuat demikian dalam model peranti Thom Browne Edition.

Buat pengetahuan, Tom Ford adalah salah satu pereka fesyen Amerika terkenal yang telah banyak buat rekaan untuk jenama mewah dari Itali iaitu Gucci.

Sumber: LetsGoDigital