OPPO Watch Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM899

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan rasmi untuk OPPO Watch. Ia dipasarkan dalam 2 varian 46mm dan juga versi lebih kecil 41mm.

Untuk harga rasmi, versi 46mm dijual pada harga RM1,299 manakala 41mm pula RM899.



Sehubungan dengan itu, jam pintar ini adalah bermula 25 September 2020 (hari ini) sehingga 2 Oktober 2020.



Untuk 50 pelanggan terawal yang membuat pra-tempahan sepanjang tempoh tarikh itu, mereka akan menerima tali eksklusif yang direka Katun, iaitu seorang kartunis tempatan.



Walau bagaimanapun, tali eksklusif Katun ini hanya ditawarkan untuk pembeli di Lembah Klang sahaja.

Tambahan lagi, pembeli boleh menerima diskaun sebanyak 10% jika membeli siri OPPO Reno4 atau siri Find X2 dalam tarikh pra-tempahan itu juga.


Spesifikasi OPPO Watch


OPPO Watch 46mm mempunyai skrin berukuran 1.9 inci manakala 41mm pula 1.6 inci. Kedua-duanya hadir dengan paparan AMOLED.

Selain itu, paparan pada model 46mm juga sedikit berbeza kerana direka sedikit melengkung berbanding 41mm yang rata.



Untuk sistem perisian, OPPO Watch menjalankan sistem opeasi Wear OS dari Google. Cip pula adalah dari Snapdragon 3100 dan Ambiq Micro Apollo Wireless.

Dari segi bateri, model 46mm dilengkapi kapasiti bateri 430mAh manakala 41mm pada 300mAh.

Untuk fungsi kecergasan dan kesihatan, ia dilengkapi 5 mod sukan dan pemantauan tidur.



Antara ciri menarik lain adalah pengecasan pantas VOOC Flash Charging, 5 ATM, dan sokongan LTE untuk model 46mm.

Untuk anda yang berminat dengan OPPO Watch ini, anda boleh membuat pembelian di laman rasmi OPPO dan juga pengedar OPPO yang sah seperti di Lazada, Shopee, Go Shope, SenHeng, SenQ, DirectD, Urban Republic, dan ThunderMatch.