OPPO Dapat Pengiktirafan SIRIM Bagi Menggunakan Rangkaian 5G Malaysia

OPPO adalah salah satu jenama telefon pintar yang terkemuka dalam industri hari ini. Selepas peranti Huawei Mate 30 Pro, kini OPPO juga menerima menerima pensijilan SIRIM bagi melaksanakan rangkaian 5G.

SIRIM OPPO

Dengan kelulusan rasmi ini, ia membuka peluang bagi OPPO untuk menjalankan teknolog. Difahamkan bahawa, penawaran peranti 5G pertama dari OPPO untuk penawaran di Malaysia adalah OPPO Reno 5G.

OPPO Reno 5G merupakan sebuah peranti yang dilengkapi dengan Snapdragon 855 bersama-sama modem Snapdragon X50 untuk sokongan rangkaian 5G. Tarikh penawaran peranti dengan sokongan 5G OPPO ini masih belum diumumkan lagi. Tetapi kita boleh menjangkakan bahawa apabila rangkaian 5G sudah dilancarkan rasmi di Malaysia, OPPO akan menjadi yang terawal membuat penawaran.