OPPO Tawarkan 15 Unit OPPO Reno4 Untuk Dimenangi Sempena Pelancaran Rasmi 3 Ogos Ini

Siri OPPO Reno kini sudah memasuki generasi ke-4 dimana pelancaran rasmi untuk pasaran Malaysia bakal berlangsung 3 Ogos ini. Melalui penawaran terbaharu itu, OPPO bakal menampilkan dua buah model iaitu OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro.

Acara pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung pada jam 6.30 petang di halaman Facebook OPPO Malaysia serta saluran YouTube OPPO Malaysia.



Bersempena dengan kedatangan siri Reno4, OPPO Malaysia akan menawarkan 15 unit OPPO Reno4 pada penstriman langsung tersebut. Selain itu, turut disediakan adalah rebat promo bernilai RM100 untuk OPPO Reno4 Pro.

Bagi anda yang tidak mahu lepaskan peluang memenangi OPPO Reno 4 yang disediakan itu, boleh saksikan acara tersebut pada tarikh dan waktu yang telah disebutkan.