OPPO Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM588 Sempena Lazada 12.12

Bersempena pengakhiran pada tahun 2019, seperti biasa OPPO akan meraikan jualan akhir tahun di Lazada dengan penawaran yang menarik buat bakal pembeli.



Menerusi tawaran kali ini pelanggan akan mendapat potongan sebanyak 10% dan baucar sehingga RM200 serta hadiah sehingga RM588. Tawaran ini akan diadakan 12.12 pada jam 12 sehingga 2 pagi sahaja.

Dalam tempoh ini juga, OPPO juga akan memberi baucar khas hanya pada 12 sehingga 14 Disember 2019.



Pelanggan yang membeli siri OPPO Reno 2 atau Reno 2F atau Reno 10x atau Reno 10x 12GB akan mendapat Neo Smartband percuma (RM389) dan Reno Bagpack (RM 199). Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati tawaran menarik ini dari OPPO pada 12.2 nanti di Lazada.