OPPO Syarikat Pengeluar Pertama Guna Corning Gorilla Glass 6

Corning sudah melengkapi telefon pintar dengan skrin mereka sejak bertahun lamanya. Bermula dengan iPhone pada 2007, syarikat itu kini berada dalam fasa akhir membekalkan Corning Gorilla Glass 6.

Bakal menggantikan Gorilla Glass 5, Gorilla Glass 6 telah melepasi ujian jatuh sebanyak 15 kali pada ketinggian 1 meter dan diakui dua kali lebih tahan berbanding keluaran terdahulu.

Syarikat pengeluar peranti flagship pertama yang bakal menggunapakai layar paparan ini adalah OPPO dan ia telah diumumkan sendiri oleh Corning minggu lalu.

Model terawal yang dijangka hadir dengan Gorilla Glass 6 adalah OPPO R17 atau juga OPPO F9.

Sumber: Corning