OPPO Sedang Persiapkan Pengecasan Tanpa Wayar Lebih Pantas Daripada Teknologi Sedia Ada

OPPO pertama kali memperkenalkan teknologi pengecasan pantas VOOC pada acara MWC 2016.

Sejak dari itu, banyak penambahbaikan diberi untuk memastikannya mampu memenuhkan bateri berkapasiti besar dalam masa yang singkat.

Terbaru, syarikat dari China itu dikatakan telah mempatenkan teknologi pengecasan tanpa wayar 15W dan merupakan pengecasan paling berkuasa setakat ini.



Untuk perbandingan, standard pengecasan tanpa wayar sedia ada adalah Qi 2.0 dengan kuasa 10W.

Teknologi terbabit dibangunkan menerusi sistem komunikasi dua hala antara litar perisian didalam telefon pintar dan stesen pengecasan tanpa wayar. Komunikasi dua hala ini membolehkan aliran kuasa lebih cepat.

Berkemungkinan kita akan saksikan pengenalan teknologi pengecasan tanpa wayar ini pada keluaran OPPO tahun hadapan.

Sumber: MySmartPrice