OPPO Reno5 F Kini Hadir Buat Pasaran Tempatan, Ini Harganya

OPPO hari ini selamat menambah sebuah lagi ahli keluarga Reno yang baharu menerusi Reno5 F. Sebenarnya, telefon ini hanya ditukar nama daripada A94 dan kini ia rasmi buat pasaran tempatan.

OPPO Reno5 F didatangkan kuad kamera dimana utama 48MP, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Sementara kamera hadapan 32MP.



 

Di dalam terbina cip pemprosesan MediaTek Helio P95 yang dipadankan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Selain itu, baterinya berkapasiti 4310mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W VOOC.



Telefon ini juga mempunyai skrin berukuran 6.43 inci AMOLED dan hadir dengan kadar segar semula 60Hz.

Terdapat tiga warna yang ditawarkan, iaitu Fluid Black, Fantastic Purple serta Crystal Silver dan ia dijual dengan tanda harga RM1199.

Bersempena kehadirannya, anda boleh miliki OPPO Enco W11 pada hanya RM1 dengan setiap pembelian peranti Reno5 F.



Jika anda berminat dengan promosi tersebut, anda boleh beli menerusi kedai rasmi OPPO di Shopee dan Lazada bermula hari ini sehingga 23 Mei.