OPPO Reno4 SE Kini Ahli Terbaharu Siri Reno4 - Hadir Dengan Dimensity 720 Dan Pengecasan 65W

OPPO hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi model baharu iaitu Reno4 SE sebagai penambahan terbaharu dalam siri Reno4. Ia juga merupakan model ketika selain dari Reno4 serta Reno4 Pro.

Pada Reno4 SE ia membawakan teknologi utama dari model abang-abangnya seperti paparan AMOLED, pengecasan pantas dan juga tiga kamera belakang.

Bermula dengan paparan, ia hadir dengan skrin berukuran 6.43 inci AMOLED. Ia tidak menerima kadar segar semula setinggi 90Hz seperti Reno4 dan Reno4 dan hanya 60Hz sahaja.



Dari aspek lain, skrinnya juga masih mempunyai pengimbas cap jari terbina serta menawarkan input sentuh setinggi 180Hz.

Cip dipilih OPPO untuk Reno4 SE adalah MediaTek Dimensity 720. Bersama-sama dengannya dipadankan dengan RAM 8GB dan juga storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.0.

Pada skrin itu juga terdapat kamera berlubang 32MP swafoto. Di belakangnya terdapat 48MP utama, 8MP sudut lebar, dan juga 2MP makro.

Untuk bateri, kapasiti 4,300mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 Flash Charge 65W. Antara ciri lain adalah Wi-Fi 5GHz, Bluetooth 5.1, USB-C dan juga bicu audio 3.5mm.

Di China, OPPO Reno4 Se dipasarkan bermula harga 2,499 Yuan (~RM1,511). Tidak diketahui sama ada telefon ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.

Yang pertamanya kebanyakan telefon dengan cip Dimensity sangat jarang memasuki pasaran tempatan. Jika OPPO mahu membawa masuk pun, kemungkinan besar mereka akan menukar beberapa spesifikasi seperti pada Reno4 dan Reno4 Pro.

Sumber: OPPO China

Berkaitan