OPPO Reno4 Pro Dengan Pilihan Warna Galactic Blue Akan Ditawarkan Pada September Ini

OPPO Reno4 Pro sebelum ini telah pun dilancarkan pada 3 Ogos lalu dengan dua pilihan warna iaitu Starry Night dan Silky White. Kini, OPPO Malaysia mengumumkan pilihan warna baharu iaitu Galactic Blue akan ditawarkan untuk pasaran tempatan pada September ini.

OPPO Reno4 Pro Galactic Blue

Menyentuh spesifikasi, Reno4 Pro dipasang dengan skrin 3D paparan melengkung 6.5 inci dari jenis Super AMOLED. Kaca yang digunakan pula adalah Corning Gorilla Glass 5. Hadir dengan resolusi FHD+, ia turut menyokong kadar segar semula 90Hz.

Reno4 Pro dijana cip pemproses Snapdragon 720G dengan RAM 8GB yang digandingkan dengan storan dalaman 256GB.

Ia dilengkapi dengan kuad kamera terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP mono. Untuk kamera hadapan pula dimuatkan dengan sensor 32MP.

Dari segi janaan kuasa, Reno4 Pro dibekalkan dengan kapasiti bateri 4000mAh serta pengecasan 65W SuperVOOC 2.0.

Buat masa ini, OPPO masih belum mengumumkan bila pilihan warna Galactic Blue akan tersedia. Sementara itu, layari halaman Facebook OPPO Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.