OPPO Reno4 Dijadualkan Pelancarannya 5 Jun Ini

Siri Reno3 pertama kali diperkenalkan di China pada penghujung tahun 2019 dan rasmi dipasaran Malaysia kurang sebulan yang lalu. Ketika mana anda mungkin belum habis lagi membelek model-model dalam siri Reno3, kini penggantinya pula bakal diumumkan minggu hadapan.

OPPO telah menjadualkan 5 Jun 2020 sebagai tarikh untuk memperkenalkan siri OPPO Reno4. Dijangkakan dua buah model telefon pintar baru dengan keupayaan 5G akan diumumkan.



Berkenaan dengan penawaran, OPPO telah berkongsi sedikit mengenainya seperti pengecasan pantas 65W dan Super Night Mode untuk tambah baik rakaman malam.

Lain-lain spesifikasi pula dikatakan sudah tersenarai pada laman TENAA. Antara yang bakal dimuatkan pada generasi terbaru ini adalah Snapdragon 765G, rekaan skrin berlubang, serta tiga kamera belakang. Salah satu daripada penawaran akan dilengkapi dengan dwi kamera selfie gabungan kamera 32MP dan 2MP. Sementara sebuah lagi model hanya datang dengan kamera selfie 32MP.

Sumber: Weibo

Beli siri OPPO Reno3 - Lazada (https://invol.co/cloey6) atau Shopee (https://invol.co/cloeyb)