OPPO Reno3 Versi Global Dilancarkan - Cip Helio P90, Swafoto 44MP, Dan Bateri 4,025mAh

Terlebih dahulu OPPO telah melancarkan model Reno3 5G dan Reno3 Pro 5G di China. Kemudiannya, versi global untuk model Reno3 Pro pula dilancarkan. Dan yang terbaru, versi global untuk Reno3 yang asas pula.

Kesemua varian global tidak menyokong 5G, jadi untuk OPPO Reno3 ini, ia tidak terkecuali. Bermula pada bahagian paparan, ia bersaiz 6.4 inci Full HD, nisbah 20:9 dengan takuk waterdrop. Jika pada Reno3 Pro, ia menggunakan Helio P95, Reno3 biasa hanya menggunakan Helio P90 sahaja.



Ia dibantu oleh 8GB RAM dan juga storan dalaman 128GB dengan sokongan microSD. Pada bahagian belakang terdapat 4 lensa yang disusun secara menegak. Lensa utama bersaiz 48MP (f/1.8) utama + 13MP (f/2.4) telefoto 2x zum + 8MP (f/2.2) sudut lebar + 2MP monokrom depth.



Kamera swafoto pula diletakkan pada takuk bahagian hadapan dengan sensor 44MP. Bateri peranti berkapasiti 4,025mAh dan turut menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 Flash Charge 30W.

Reno3 Exterior

Buat masa ini harga dan pasaran jualannya masih lagi belum diumumkan.

Perbezaan dengan OPPO Reno3 Pro versi global


Paparan

  • Reno3 - Takuk waterdrop

  • Reno3 Pro


Kamera swafoto

  • Reno3 - 1 lensa 44MP

  • Reno3 Pro - 2 lensa 44MP + 2MP


Cip pemprosesan

  • Reno3 - MediaTek Helio P90

  • Reno3 Pro - MediaTek Helio P95


Kamera belakang

  • Reno3 - Lensa utama 64MP

  • Reno3 Pro - Lensa utama 48MP


Pengecasan

  • Reno3 - VOOC 3.0 Flash Charge

  • Reno3 Pro - VOOC 4.0 Flash Charge


Sumber: OPPO Reno3