OPPO Reno3 Mungkin Dilengkapkan Dengan Skrin Punch Hole

Memperkenalkan siri Reno buat pertama kali pada April yang lalu, OPPO menampilkan kelainan pada ciri kamera hadapan terangkat dengan rekaan unik "sirip jerung".

Rekaan tersebut terus diwarisi model-model selepasnya seperti Reno2/Reno2F dan nampaknya penawaran akan datang mungkin berubah.

Ramalan ini dibuat berdasarkan rakaman skrin bahagian tetapan menunjukkan bucu kiri atas dibiarkan kosong. Timbul spekulasi kemungkinan skrin dengan rekaan punch hole akan digunapakai untuk menempatkan kamera hadapan.

 



Imej turut memperlihatkan mod dwi 5G, yang mana ciri tersebut telah disahkan oleh OPPO sewaktu pelancaran ColorOS 7 tempoh hari.

Spesifikasi yang bakal dilengkapkan pada Reno3 masih samar-samar lagi. Khabar angin rekaan punch hole itu mungkin dihuni dengan kamera 32MP sementara bahagian belakang pula menyertakan kuad kamera diketuai lensa 60MP sebagai kamera utama.

Selain itu, kedengaran juga OPPO Reno3 akan tampil dengan paparan AMOLED berukuran 6.5 inci menyokong kadar penyegearan 90Hz, cip pemproses yang masih belum diumumkan lagi, Snapdragon 735 5G, RAM 8GB yang akan berpadanan antara storan 128GB atau 256GB serta bateri berkapasiti 4500mAh.

Namun begitu, spesifikasi-spesifikasi yang disebutkan diatas hanyalah berdasarkan khabar angin sahaja. Peranti ini dikatakan akan membuat kemunculan rasmi pada bulan Disember ini.

Sumber: PlayfulDroid