Ikuti kami di media sosial

Berita

OPPO Reno2 Ocean Blue Bekerjasama Dengan Starbucks Malaysia Sempena Pembukaan Kedai Utama Kedua

Syifa' Syakinah

Ditulis

pada

Baru-baru ini OPPO telah membuka kedai utama yang kedua bertempat di pusat beli-belah Pavillion Kuala Lumpur pada 12 Disember lalu.

OPPO juga bekerjasama dengan Starbucks Malaysia bagi peranti Oppo Reno2 Ocean Blue. Tambah menarik lagi, bagi 100 pelanggan yang terawal mendapatkan Oppo Reno2 berpeluang mendapatkan Tumbler edisi terhad daripada Starbucks.

-- Iklan --

Bersama-sama dengan itu, OPPO memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan yang mendapatkan Edisi Ocean Blue pada 12 Disember sehingga pukul 5 petang. Oppo Reno2 Ocean Blue boleh didapatkan dengan harga RM 2,299.

Di bahagian dalam, Oppo Reno2 ditawarkan dengan cip Snapdragon 730G yang akan mengoperasikan sistem ColorOS 6.1 berasaskan Android 9. Tersedia dengan RAM 8GB berserta ruang storan dalaman sebesar 256GB.

Peranti ini didatangkan dengan ciri Ultra Steady bagi rakaman video tanpa gegaran dan Ultra Dark pula bagi rakaman yang lebih jelas di tempat kurang pencahayaan. Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh, Reno2 menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 2OW.

Seterusnya, siri ini akan diperkenalkan pada 21 Disember 2019. Pembelian boleh dibuat di kedai rasmi Oppo, kedai peniaga rasmi Oppo, laman sesawang rasmi Oppo.

Anda boleh juga dapatkan di laman e-dagang rakan kongsi Oppo iaitu Lazada dan Shoppe. Pra-tempah bermula 13 sehingga 20 Disember ini.

 

 

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular