OPPO Reno2 Kini Berharga RM 999 Sempena Lazada 11.11

Mula diperkenalkan pada tahun lepas, peranti kelas pertengahan ini kini ditawarkan dengan harga RM 999 sempena jualan Lazada 11.11.

Anda hanya perlu membuat pra-tempah iaitu Chup Dulu di Lazada dengan pembayaran sebanyak RM 99. Kemudian, baki bayaran boleh dibuat selepas jam 2 pagi pada 11 November 2020.



Pra-tempahan ini bermula sekarang sehingga 10 November sebelum jualan 11.11 berlangsung.

Mengimbas kembali spesifikasi yang ditawarkan, OPPO Reno2 hadir dengan cip Snapdragon 730G, RAM 8GB, storan 256GB, skrin AMOLED 6.5 inci FHD+ serta kamera kuad belakang dengan kamera swafoto umpama sirip jerung.



Tambahan lagi, antara peranti lain yang ditawarkan OPPO sempena Lazada 11.11 ini adalah:

  • OPPO A92 - RM 699 ̷R̷M̷1̷,̷2̷9̷9̷

  • OPPO Reno3 Pro - RM 1,299 ̷R̷M̷2̷,̷3̷9̷9̷

  • OPPO A12e - RM 399 ̷R̷M̷4̷9̷9̷

  • OPPO Enco W11 - RM 99 ̷R̷M̷1̷5̷9̷




Selain itu, bagi setiap pembelian peranti OPPO, anda berpeluang menangi kerusi urut OGAWA, OPPO Watch 46mm dan banyak lagi melalui Watch, Buy and Win Liveshow di Facebook OPPO.