OPPO Reno Sunset Rose, Tawaran Warna Lebih Menawan Menanti Disambar Para Gadis

Baru-baru ini, syarikat pengeluar telefon pintar dari China iaitu Oppo telah memperkenalkan siri Oppo Reno di pasaran. Siri Oppo Reno mempunyai dua jenis model iaitu Oppo Reno (standard) dan juga Oppo Reno 10x zoom.


Lebih menarik lagi apabila Oppo telah  mengumumkan penambahan variasi warna edisi terhad kepada pengguna melalui pengenalan Oppo Reno Sunset Rose. OPPO Reno Sunset Rose tiba di Malaysia pada 2 Julai 2019 lalu dan bersama dengan pelancarannya, turut menyerikan lagi majlis pelancaran edisi terhad ini adalah pelakon tanah air, Elfira Loy, selaku duta kepada OPPO Reno Sunset Rose.

Variasi warna baru ini menampilkan warna putih yang menyerupai nada merah jambu pucat dengan tekstur matte pada lapisan warna di bawah kaca, dengan sentuhan yang lebih halus. Warna OPPO Reno Sunset Rose ini diilhamkan dari sifat matahari terbenam, mawar putih dan pelangi laut di pantai, ini menunjukkan bagaimana OPPO telah mengetuai trend warna telefon pintar dalam reka bentuk telefon.


OPPO Reno Sunset Rose mempunyai skrin Amoled 6.4 inci, menghasilkan nisbah skrin-ke-badan 93.1%, Bagi bahagian belakang telefon, ia juga mencapai reka bentuk yang ramping bersatu dengan kamera belakang yang tersembunyi (pop up camera) dengan bentuk Shark Fin yang akan memberikan pengalaman yang unik kepada pengguna.


Dijual pada harga RM 1,999 dan para peminat boleh mendapatkannya di OPPO Concept Store, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara dalam talian di laman web rasmi OPPO, kedai rakan kongsi e-dagang, Lazada atau Shopee.