OPPO Reno Hadir Dengan Pilihan Warna Baru "Sunset Rose"

Baru-baru ini, Oppo telah melancarkan siri terbaru mereka iaitu Reno yang menampilkan dua model iaitu Oppo Reno(Standard Edition) dan juga Oppo Reno 10x Zoom. Siri Oppo Reno ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna apabila ia telah laris dijual di Malaysia. Siri Oppo Reno sedia didatangkan dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu, Ocean Green dan juga Jet Black.

Pada kali ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan satu lagi edisi warna baru untuk siri OPPO Reno yang akan dikenali sebagai Reno Sunset Rose dan warna ini hanya akan ditawarkan untuk model standard sahaja.



 

Menurut OPPO, variasi warna baru itu dianggap sebagai simbol cinta, golongan muda dan kreativiti. Penawaran baru ini dijangka dapat menarik minat lebih ramai pembeli kerana keunikan warna "matahari terbenam" tersebut.

Selain itu, artis dan juga pelakon, Nelydia Senrose akan membuat penampilannya pada acara pelancaran bagi model ini dan dipilih menjadi duta bagi model Sunset Rose ini.



Oppo Reno Sunset Rose ini bakal tiba di pasaran pada 2 Julai ini, dan pra tempahan akan bermula dari 27 Jun hingga 1 Julai 2019.