0

OPPO telah memperkenalkan siri baru mereka “Reno” beberapa minggu yang lalu. Namun, sehingga kini kita masih belum dapat melihat peranti pertama siri tersebut dilancarkan.

Namun, kita dijangka akan dapat melihatnya tidak lama lagi. Ini kerana peranti tersebut didakwa telah pun muncul dalam satu video tiris atas talian baru-baru ini.

Menariknya, kita dalam perhatikan satu rekaan atau gaya unik pada kamera hadapannya di penghujung video berkenaan.

Selain itu, rekaan sebenar panel belakang peranti tersebut juga telah diperlihatkan. Malangnya, ia tidak mempunyai kamera periskop 10x zoom seperti unit demo kami uji pada acara MWC 2019 tempoh hari.

Kredit: Slashleaks

Sebelum ini, spesifikasi bagi tiga jenis model OPPO Reno yang lain pernah didedahkan namun tidak ada satu pun yang telah dilancarkan secara rasmi sehingga kini.

OPPO dijadual akan memperkenalkan peranti-peranti Reno tersebut pada 10 April ini namun tidak dapat dipastikan samada model dalam video berkenaan akan turut dilancarkan pada hari sama atau tidak. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: GSMArena

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Berita

You may also like