OPPO Reno Dan Reno 10x Zoom Edition Dilancarkan, Dilengkapi Dengan Kamera Pop-Up Unik

Sudah diperkatakan sekian lama, OPPO akhirnya melancarkan dengan rasmi telefon pintar pertama dalam siri Reno.

Ia hadir dalam dua model iaitu Reno dan Reno 10x Zoom Edition yang mana terdapat perbezaan dari segi spesifikasi bawaan. Kedua-duanya mempunyai rekaan kamera hadapan menarik dimana ia disembunyikan tetapi keluar dengan cara yang unik.



Spesifikasi untuk kedua-dua model adalah seperti berikut.

OPPO Reno



  • Skrin paparan AMOLED 6.4 inci

  • Snapdragon 710

  • RAM 8GB/256GB, RAM 6GB/256GB, RAM 6GB/128GB

  • Dwi kamera belakang 48MP (f/1.7)+5MP(f2.4)

  • Kamera hadapan 16MP (f/2.0)

  • ColorOS 6 berasaskan Android Pie 9

  • Bateri 3765 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0


OPPO Reno 10x Zoom Edition



  • Skrin paparan AMOLED 6.6 inci

  • Snapdragon 855

  • RAM 8GB/256GB, RAM 6GB/256GB, RAM 6GB/128GB

  • Tiga kamera belakang 48MP (f/1.7)+13MP (f/3.0)+8MP (f/2.2)

  • Kamera hadapan 16MP

  • ColorOS 6 berasaskan Android Pie 9

  • Bateri 4065mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0


Turut dilengkapi dengan ciri imbasan cap jari dalam paparan dan NFC, harga jualan bagi...

OPPO Reno

  • RAM 8GB/256GB - 3599 yuan (~RM 2200)*

  • RAM 6GB/256GB - 3299 yuan (~RM 2017)*

  • RAM 6GB/128GB - 2999 yuan (~RM 1834)*


OPPO Reno 10x Zoom Edition

  • RAM 8GB/256GB - 4799 yuan (~RM 2935)*

  • RAM 6GB/256GB - 4499 yuan (~RM 2751)*

  • RAM 6GB/128GB - 3999 yuan (~RM 2446)*


*Harga berdasarkan pertukaran matawang semasa Yuan ke Ringgit Malaysia

Harga bagi pasaran lain dijangka akan diumumkan pada acara pelancaran global yang akan dilangsungkan di Zurich pada 24 April ini.

Sumber: OPPO dan The Verge