Oppo Reno Ace Bakal Hadir Dengan Pengecasan Pantas 65W

Oppo dijangka akan mengeluarkan peranti terbarunya Oppo Reno Ace tidak lama lagi. Apa yang menjadi tumpuan ialah pihak Oppo telah mengumumkan bahawa peranti terbarunya itu bakal hadir dengan pengecasan pantas SuperVOOC 65W.



Menurut Naib Presiden Oppo Brien Shen, beliau telah memberitahu perkara itu di laman web Weibo tentang perkara tersebut. Walaupun beliau tidak menerangkan perkara itu secara terperinci, namun beliau mengesahkan bahawa SuperVOOC generasi baru ini mempunyai pengecasan pantas 65W yang lebih pantas daripada 50W SuperVOOC terdahulu.

Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa peranti ini akan dilancarkan pada awal Oktober ini. Peranti ini juga dijangka akan hadir dengan skrin dengan refresh rate 90Hz dan bateri berkapasiti 4000mAh.


Jika dilihat, teknologi pengecasan pantas kini semakin maju dan pengeluar-pengeluar telefon pintar masing-masing sedang berusaha membuat yang terbaik untuk teknologi ini.

Pada tahun ini sahaja pelbagai pengeluar telah melancarkan peranti mereka dengan pengecasan pantas melebihi 20W seperti Huawei P30 Pro yang hadir dengan pengecasan pantas 40W, Oneplus 7Pro dengan 30W, Xiaomi Mi 9T Pro 27W dan juga Samsung Galaxy Note 10 Plus dengan 45W Super Charge.

Sumber gambar: The Verge, GSM Arena