OPPO Reno5 Bukan Setakat Kamera Baik, Cas Bateri Pun Laju

Bila mengenang kembali tentang penawaran kamera pada telefon, ia membawa kita nun jauh ke tahun 1999. Ia merupakan tahun pertama telefon dipasang dengan lensa kamera dan pada ketika itu, storan telefon hanya mampu menyimpan sekitar 20 gambar sahaja.

Kini setelah bertahun-tahun, kemampuan kamera pada telefon semakin berkembang, tidak kira dari kelas premium hinggalah kepada kelas peranti permulaan sekalipun.

Antara contoh yang boleh dilihat adalah dari siri OPPO Reno yang pertama kali diumumkan pertengahan 2019. Tatkala penulisan ini dibuat, siri yang memfokuskan kepada fotografi dan videografi itu sudah mula memasuki siri kelima.



Buat anda penggemar fotografi dan videografi mudah alih, mari kita lihat apa yang menarik tentang penawaran siri OPPO Reno5 kali ini.

OPPO Pertaruhkan 64MP sebagai kamera utama untuk rakaman terbaik


OPPO Reno5 hadir dipersenjatakan dengan empat buah lensa bagi rakaman belakang. Diketuai oleh sensor 64MP, ia menjamin rakaman cukup dengan perincian dan ketajaman pada gambar. Ya mungkin telefon lain mempunyai nilai megapiksel lebih tinggi, namun lebih besar nilai itu tidak bermaksud ia lebih baik.



Bagi rakaman sudut yang lebih luas pula, ia ditugaskan kepada sensor 8MP. Ini memberikan anda kebolehan untuk memuatkan lebih banyak pemandangan didalam sesebuah rakaman.

Baki dua lagi lensa kamera adalah 2MP makro dan 2MP mono. Melalui lensa makro, ia dapat membantu rakaman potret untuk menjadikan efek kabur pada latarbelakang dengan lebih kemas serta rakaman objek pada jarak dekat. Sementara itu, lensa mono pula bertujuan menawarkan lebih kepelbagaian dalam sesi rakaman anda.



Anda boleh biarkan objek berwarna dan dalam masa yang sama latarbelakang menjadi hitam dan putih dan banyak lagi trik menarik yang boleh dilakukan bersama lensa mono ini dengan bantuan perisian didalam OPPO Reno5.

Antara rakaman dari kamera utama 64MP dan kamera swafoto 32MP:




Tiada masalah gambar kabur ketika merakam objek bergerak


Bagi meningkatkan lagi ketajaman sesebuah rakaman, OPPO tampil dengan ciri Image-Clear Engine atau ICE. Fungsi ini membolehkan anda merakam subjek yang sedang bergerak pada kadar bingkai tertinggi dan multi bingkai yang lebih dioptimumkan.

Pengesanan subjek dan penjejakan fokus lebih optimum dimana ia menghidarkan gegaran dan pergerakan yang membantutkan penghasilan gambar berkualiti.

Anda gemar merakam video? OPPO Reno5 mampu puaskan hati anda


Tidak lengkap rasanya gambar tanpa video. Setiap saat indah lebih bermakna disimpan dalam bentuk video. Bagi keluaran siri OPPO Reno yang terbaharu ini, pengeluar melengkapkannya dengan ciri AI Highlight Video.

https://youtu.be/wv7LfqZ_fQk?t=52

Ia berfungsi dengan cara menukar dua mod; Ultra Night dan Live HDR secara automatik. Ciri ini boleh digunapakai pada kedua-dua bahagian kamera, hadapan dan juga belakang. Mudah kata ia membantu dalam pencahayaan yang lebih seimbang tanpa mengira dimana dan waktu apa rakaman dibuat.

Mod Ultra Night akan bertugas apabila kecerahan berada dibawah tahap 90. Tetapi sekiranya ia melebihi paras yang ditetapkan itu, ciri Live HDR pula akan mengambil alih tugasan tersebut.

Anda pasti tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh kedua-dua ciri ini. Mod Ultra Night akan menghasilkan video yang lebih cerah pada situasi kurang cahaya. Ini adalah untuk memastikan setiap video dapat dirakam dengan perincian yang lebih jelas, disamping mendapatkan ketepatan warna tanpa menjejaskan kualiti.
Contoh Ultra Night Video



Untuk pengetahuan anda, OPPO merupakan pengeluar telefon Android pertama yang menyertakan HDR pada peranti. Melalui ciri Live HDR, ia berupaya menghasilkan video yang lebih kaya dengan warna dan kecerahan dengan jumlah cahaya yang bersesuaian.
Contoh Live HDR


Rakam video hadapan dan belakang serentak


Semua telefon pintar mempunyai kamera hadapan dan belakang. Kenapa tidak untuk rakaman kedua-dua hala serentak? Dengan adanya ciri video dwi-paparan; Multiple Camera, anda tidak lagi terlepas peluang untuk merakam kedua-dua arah secara serentak.

Kapsyen: Anda boleh memilih tiga susun atur kamera seperti Round, Rectangle atau Split.


Bagi pilihan Round dan Rectangle, anda boleh mengubah kedudukan tetingkap kecil rakaman itu kemana-mana bahagian paparan mengikut keselesaan dan kesesuaian.

Rakaman video lebih menawan


Menerusi Smart AI, perisian kamera berkemampuan mengesan objek untuk menjamin mutu gambar lebih menarik. Smart AI akan mengenal pasti subjek seperti wajah dan akan mengekalkan tona kulit serta warna solekan supaya tidak diubah dan kelihatan keterlaluan pada rakaman.

Elak gegaran dengan Ultra Steady 3.0


Ciri Ultra Steady sedia berkhidmat pada barisan peranti OPPO sebelum ini. Kini pada versi 3.0, ia tersedia dengan lebih penambahbaikan dalam penghasilan video tanpa gegaran.

https://youtu.be/wv7LfqZ_fQk?t=235

Umpama rakaman video oleh profesional, tiga mod penstabilan ditawarkan pada OPPO Reno5 iaitu Front Steady Video pada kamera hadapan, Ultra Steady Video pada kamera utama, dan Ultra Steady Video Pro pada kamera ultra lebar.

Sekarang anda tidak perlu risau untuk membuat rakaman dalam apa jua pergerakan kerana Ultra Steady 3.0 mampu membantu berikan penstabilan.

Lepas rakam video boleh terus sunting dalam SoLoop


Jimatkan masa anda dengan SoLoop, aplikasi suntingan yang siap terpasang pada OPPO Reno5. Anda mungkin mempunyai idea menarik untuk merakam video dan dikongsikan pada media sosial. Tetapi setiap rakaman itu tidak sempurna jika belum disunting.



Pada aplikasi SoLoop, ia menghadirkan pelbagai ciri menarik untuk memudahkan pengguna mencipta video dengan lebih bermutu. Dengan adanya bermacam-macam template, anda semua boleh menghasilkan ibarat video ibarat influencer.

Pilih sahaja template, mulakan rakaman dan video anda sedia untuk dikongsikan di media sosial dengan lebih bergaya.

Bukan sekadar video dan foto, OPPO Reno5 lebih daripada itu


Walaupun ia lebih fokus kepada fotografi dan videografi, tetapi perlu diketahui juga bahawa OPPO Reno5 turut dimuatkan dengan fungsi dan ciri telefon pintar terkini, seperti:

Dwi mod 5G - Antaranya seperti dwi mod 5G yang mana anda sudah disiapkan dengan sokongan rangkaian generasi terbaru itu. Apabila negara sudah bersedia menawarkan rangkaian 5G nanti, OPPO Reno5 ini bakal membawa anda masuk ke lembaran maklumat, permainan video dan pemindahan fail dalam talian lebih pantas lagi.

90Hz - Ciri ini umpama standard bagi telefon pintar masa kini. Kehadiran kadar segar 90Hz membolehkan anda menikmati visual dan tatalan dalam aplikasi yang licin dan lancar.



HDR 10+ - Paparan OLED berukuran 6.43 inci dengan resolusi FHD+ baik untuk penggunaan dalam mahupun luar bangunan. Tiada masalah kandungan tidak terlihat sewaktu penggunaan dibawah matahari kerana tahap kecerahannya mampu mencecah sehingga 600nits.



Panel paparan hadapan ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass generasi ketiga.

Pengecasan pantas 65W - Hidup dizaman ini semua perkara haruslah pantas. Termasuk juga ketika mengecas telefon pintar dimana OPPO Reno5 hadir dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W.



Jika diterjemah dalam bahasa lebih mudah, OPPO menyatakan 5 minit pengecasan anda boleh mendapatkan masa penggunaan sekitar 4 jam dengan peratusan bateri 25%. Jika dicas 15 minit, bateri naik kepada 60% dan untuk memenuhkan bateri yang dimuatkan pada OPPO Reno5, anda hanya perlukan 35 minit sahaja.

Spesifikasi lain - Dari segi pretasi pula, OPPO Reno5 dilengkapkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G. Ia bukan sahaja menyokong sambungan 5G, malam memberikan pemprosesan lebih pantas malah lebih cekap tenaga.



Pada masa yang sama, pemproses isyarat image (ISP) yang dipertingkatkan juga membawa penambahbaikan kepada kualiti rakaman kamera.

Berminat untuk memiliki OPPO Reno5 5G?

OPPO Reno5 hadir dalam dua variasi model iaitu OPPO Reno5 5G dan OPPO Reno5 Pro 5G. Masing-masing dijual pada harga RM1899 dan RM2599. Anda ketika ini sudah boleh melakukan pra-tempah yang sudah dimulakan sejak 13 Januari lalu dan bakal tamat pada 26 Januari 2021.



Pra-tempah yang dibuat akan melayakan anda menerima hadiah istimewa bernilai RM397. Hadiah tersebut terdiri daripada OPPO Enco W11 (RM159), sarung pelindung OPPO (RM129) dan satu tahun waranti tambahan (RM109).



Untuk makluman, siri OPPO Reno5 akan mula dipasarkan secara rasmi di Malaysia pada 27 Januari 2021 dan ia boleh dibeli dari kedai rasmi OPPO fizikal serta dalam talian.

Ia juga turut ditawarkan di gedung beli-belah dalam talian, rakan kongsi telco dan pengedar sah jenama OPPO seluruh negara.

Untuk buat pra-tempahan boleh klik pada salah satu pautan dibawah:

OPPO Malaysia turut menyatakan, 100 pembeli terawal siri OPPO Reno5 yang membeli dari Pusat Jualan dan Khidmat akan menerima hadiah misteri bernilai sehingga RM150,000. Dimaklumkan juga bahawa kesemua kedai rasmi OPPO menawarkan program trade in dan pembeli juga akan menerima pulangan tunai RM50 apabila membeli siri OPPO Reno5 (tempoh masa dan kuantiti terhad).

Untuk saksikan setiap ciri dan hasil yang ditawarkan pada OPPO Reno5, boleh lihat video dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=wv7LfqZ_fQk&t=121s&ab_channel=WiserMy

Jangan lupa...


Pelancaran OPPO Reno5 Series 5G akan disiarkan secara langsung pada 18th January 2021 at 6.30petang. Tonton hingga akhir siaran langsung dan berpeluang memenangi 15 unit OPPO Reno5 (Tertakluk kepada terma dan syarat: http://bit.ly/2LTiBiL).



Sertailah siaran langsung di halaman Facebook OPPO dan di YouTube OPPO Malaysia.

Advertorial ini dibawakan oleh OPPO Malaysia