Connect with us

Berita

OPPO Reno2 Mampu Berikan Rakaman Video Dan Foto Lebih Baik Dan Stabil

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Siri OPPO Reno di Malaysia sudah pun genap berusia 5 bulan beberapa hari yang lalu dan kini, jenama telefon pintar nombor dua dalam negara itu kembali mengemaskini penawaran mereka dengan generasi kedua dalam siri yang sama. Melalui OPPO Reno 2, beberapa bahagian dalaman diperkemaskan lagi bagi memberikan pengalaman penggunaan lebih baik kepada bakal pembeli.

Rata-rata daripada kita mengenali OPPO Reno menerusi kemampuan sistem kamera yang dibawakan untuk pengguna. Siri Reno yang pertama menampilkan dua model terdiri daripada kelas pertengahan dan flagship iaitu OPPO Reno dan OPPO Reno 10x Zoom.

Untuk edisi kedua ini, OPPO memperkenalkan pula OPPO Reno 2 dengan spesifikasi lebih berkuasa terutama sekali pada bahagian kamera yang diperlengkapkan padanya.

Luaran mungkin kelihatan agak sama tetapi jika diteliti lebih mendalam, spesifikasi yang dibawa pada OPPO Reno 2 lebih berkuasa dari keluaran sebelumnya. Mungkinkah peranti kelas pertengahan ini akan mendapat tempat dihati pengguna Malaysia? Mari kita selusuri ciri terbaik yang ingin dipertaruhkan OPPO kali ini.

Sistem 48 MP kuad kamera yang mampu menjadi dambaan penggemar rakaman foto serta video

Kelas pertengahan OPPO Reno generasi kedua ini didatangkan dengan kuad kamera, kombinasi yang diketuai oleh lensa utama 48MP, 8MP sudut lebar, 13MP telefoto dan 2MP lensa mono. Seperti yang disebut-sebut, OPPO mahu membawakan pengalaman terbaik pada sistem kamera OPPO Reno 2, terutama sekali ketika rakaman video.

Bagi rakaman video, OPPO memperkemaskan sistem kamera mereka dengan tiga ciri utama iaitu 5x zum hibrid serta 20x zum digital,mod stabil ultra dan mod gelap ultra.

Video zoom – Mungkin anda sedang perjalanan di sebuah kawasan dan nun jauh disana terdapat sesuatu yang menarik sedang berlaku. Sudah tentu anda tidak mahu melepaskan peluang mengabadikan saat-saat indah itu ke dalam peranti anda. Keluarkan sahaja OPPO Reno 2 dan rakam video dengan zoom yang boleh dibuat antara 5x zoom hybrid sehinggalah kepada 20x zoom digital. Keupayaan ini hadir melalui lensa sudur lebar serta telefoto, namun kedua-duanya tidak menyokong rakaman video 1080p 60fps yang mana ia digalas oleh lensa utama.

Sepertimana video, foto juga boleh mempunyai daya zoom 5x hybrid dan 20x zoom digital. Anda bebas mengubah jarak rakaman dari sudut lebar sehingga jarak lebih jauh yang dimahukan. Untuk mudah kata, gambar-gambar yang dirakam pada OPPO Reno 2 sudah sedia dikongsikan pada media sosial anda tanpa perlu bersusah payah membuat suntingan.

Ultra Steady – Video yang baik pastinya datang dari sistem kestabilan kamera peranti itu sendiri. Menggunakan penstabilan imej elektronik (EIS) dan penstabilan imej optikal (OIS), hasil rakaman OPPO Reno 2 cukup baik.

Aktiviti riadah anda selepas ini seperti berlari, berbasikal hatta menaik rolller coaster sekalipun, video mampu dirakam tanpa gegaran melalui OPPO Reno 2. Melihat kepada prestasi yang ditawarkan OPPO Reno 2, ia mampu memberikan saingan kepada peranti lain yang dijual pada harga lebih mahal.

Video kesan bokeh – Kesan bokeh bukan sekadar terhad kepada rakaman foto sahaja dimana OPPO turut menyertakan mod ini pada rakaman video. Anda boleh mengawal kesan kabur latarbelakang sebelum rakaman dibuat. Hasilnya? Cukup baik dan menarik apabila video tertumpu pada objek dengan latarbelakang kabur, sesuai sekali jika anda inginkankan kelainan ketika merakam vlog. Mod ini menyokong penggunaan pada kamera hadapan serta belakang.

Zoom audio – tidak cukup dengan zoom video, OPPO Reno 2 diperkuatkan lagi dengan kebolehan zoom audio. Sebagai contoh, jika anda merakam rakan yang sedang bercakap pada jarak yang jauh dari anda dan apabila zoom dibuat, apa yang diperkatakan rakan anda itu akan lebih jelas kedengaran. Menerusi ciri ini, ia berguna ketika rakaman pada situasi riuh-rendah.

Mengiringi rakaman video sudah pastilah rakaman foto yang dipertingkatkan daripada model terdahulu melalui ciri Ultra Dark Mode dan keupayaan zoom 5x hybrid sehingga 20x zoom digital.

Foto pada waktu malam diambil dengan hasilnya tidak mengecewakan. Bantuan AI pula meningkatkan kejelasan imej tetapi dalam masa yang sama berusaha mengurangkan hingar pada gambar.

Secara keseluruhan, foto dari Reno 2 mempunyai warna yang terang sementara kesan bokehnya boleh dikatakan antara yang terbaik. Imejnya kemas dengan perincian yang cukup disamping latar kabur kelihatan lembut dibelakang.

Keluaran OPPO kali ini nampaknya disasarkan kepada penggemar videografi yang mahu merakam aktiviti riadah diluar, begitu juga kepada pengguna yang mahukan saat-saat gembira ketika bercuti.

Memperlengkapkan lagi pengalaman penggunaan, OPPO menyiapkan Reno 2 dengan paparan AMOLED yang lebih terang menerusi ciri sunlight screen. OPPO menyatakan ia akan memanjangkan tempoh skrin sehingga 50% dan mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 6%.

Dijual pada harga RM2299, OPPO Reno 2 dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 730G, RAM 8GB bersama storan dalaman sebesar 256GB. Tidak melupakan pengguna yang gemar bermain permainan mudah alih, ciri Hyper Boost 2.0 turut disediakan. OPPO Reno 2 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang mana daya kuasa disalurkan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W.

Terdapat dua pilihan warna disediakan iaitu Luminious Black dan Sunset Pink. Bagi anda yang berminat untuk dapatkan peranti ini, pra-tempahan sudahpun bermula dan ia bakal tamat pada 25 Oktober 2019. Pra-tempah boleh dibuat pada semua kedai konsep OPPO, pengedar sah OPPO seluruh negara. atau secara dalam talian dari OPPO Online Store, Lazada, Shopee atau telco seperti Celcom, Digi, Maxis.

Skrin paparan Dynamic AMOLED 6.55 inci dengan perlindungan Gorilla Glass 6

Pembelian secara pra-tempah akan diiringi dengan ganjaran percuma berupa bag eksklusif OPPO Reno bernilai RM318 serta lanjutan 1 tahun jaminan perlindungan skrin.

Jualan OPPO Reno 2 pula akan dijadualkan bermula pada 26 Oktober 2019 dan pada tarikh yang sama, OPPO Malaysia akan mengadakan roadshow bertempat di Sunway Pyramid untuk memberikan pengalaman penggunaan OPPO Reno 2 lebih dekat kepada orang ramai.

Pada acara ini juga, pembelian OPPO Reno 2 akan dsertakan bersama hadiah bernilai RM1067, terdiri daripada Bag eksklusif OPPO Reno, lanjutan 1 tahun jaminan perlindungan skrin, powerbank VOOC serta fon telingan tanpa wayar OPPO Enco Q1. Menariknya lagi, pelanggan ‘early bird’ berpeluang menerima bubble tea KOI secara percuma.

Untuk pelanggan AEON pula, kini boleh memiliki OPPO Reno2 baru dengan faedah yang rendah (paling rendah di bandar) Dengan menggunakan kredit AEON sehingga 12 bulan ansuran, tiada deposit dan kad kredit diperlukan.

Melihat kepada penawaran yang cukup baik ini, OPPO Reno 2 mungkin pilihan paling sesuai menemani pengembaraan anda selepas ini.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia.

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular