OPPO Reno 10x zoom merupakan sebuah model flagship terbaru dari OPPO dimana ia mempertaruhkan keupayaan kamera yang mampu zoom sehingga 60x. Ia membariskan tiga kamera belakang, kombinasi lensa 48MP (f/1.7)+13MP (f/3.0)+8MP (f/2.2). Sementara itu bagi kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera terangkat dengan rekaan unik "shark fin" yang turut dihuni fungsi flash depan dan belakang serta pembesar suara.
Lain-lain spesifikasi melengkapkan peranti ini adalah Snapdragon 855, RAM 8GB, memori 256GB, sismtem imbasan cap jari dalam paparan, sokongan NFC serta bateri 4065mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0.
Untuk pasaran dalam negara, harga jualan yang ditetapkan adalah RM 3399 dan penawaran bermula 18 Jun depan. Seperti biasa, bagi pembeli pra-tempah, hadiah menarik seperti gimbalĀ dan waranti perlindungan skrin tambahan 1 tahun menanti untuk dimiliki pembeli secara percuma.
Berkaitan
- (Video) OPPO Reno 10X Zoom Edition Boleh Capai 60X Zoom
- OPPO Find X Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Oppo Malaysia Turunkan Harga Oppo N3 Kepada RM998
- Canon Perkenal SX740 HS, 40 Kali Zoom Optikal Dan Rakaman 4K
- realme X3 Superzoom Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1999
- OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199
- OPPO R9s Akan Dilancar Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
- Pra-Tempah OPPO Find X Bermula Hari Ini
- Dapatkan Hasil Kamera Terbaik Dari Kuad Kamera OPPO A9 2020
- OPPO Malaysia Rasmikan Kedai Konsep Di KLCC - Pertama Di Asia Tenggara