Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Barca

Pra-tempah OPPO Reno 10X Zoom Edisi FC Barcelona , Hanya 100 Unit Di Pasaran Tempatan

Diterbitkan Julai 19, 2019 ยท Dikemas kini Julai 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bersempena dengan jalinan kerjasama antara OPPO dan kelab bola sepak terkemuka, Barcelona, tempoh hari telah diperkenalkan sebuah model edisi terhad, OPPO Reno 10x zoom edisi Barcelona.

Tampil bercirikan kemasan dengan warna rasmi kelab bola sepak berkenaan, ia turut didatangkan bersama dengan sejumlah aksesori yang pasti menjadi rebutan peminat. Memulakan penawaran untuk pasaran tanah air, OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan model terbabit diletakkan pada nilai RM3999 dan pra-tempah akan dimulakan pada 21 Julai 2019 serta tamat pada 25 Julai 2019.

OPPO Reno FC Barcelona Edition will be available for Pre-order from 21 July with exclusive gifts worth RM898

Pembeli akan menerima peranti pada tarikh 26 Julai 2019 yang akan diiringi dengan hadiah eksklusif bernilai RM898, berupa beg galas OPPO X Barca bernilai RM299 serta fon telinga O-Free bernilai RM599.

Tempahan boleh dibuat menerusi kedai konsep OPPO atau secara dalam talian di laman rasmi OPPO, Lazada dan Shopee.

Untuk makluman, kami di Wiser.my ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan kepada anda, nantikan pengumuman pada 22 Julai ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY