Peranti Ini Mampu Teropong Lebih Jauh Dari Huawei P30 Pro

Oppo merupakan antara pengeluar yang menitik beratkan nilai estatik dan kecantikan keseluruhan peranti mereka. Siri Oppo Reno disarungkan bersama panel belakang kaca dengan sentuhan kerangka aluminium memberikan rasa sedikit berat dan premium.

Kamera ‘Sirip Jerung’ Tersembunyi




Yang paling menarik perhatian, Oppo Reno hadir dengan kamera hadapan pop-up 16MP, f/2.0 pada sudut luas dengan jarak 26mm.

Rekaan yang digunakan dilihat menyerupai sirip jerung, dengan menggunakan mekanisma motor untuk menaikkan dan menyembunyikan kamera ke bahagian dalam peranti.

Apa Beza Antara Model Biasa Dengan Oppo Reno 10X Zoom?




Pertama sekali model biasa Oppo Reno dikuasakan dengan cip Snapdragon 710 manakala abangnya Oppo Reno 10X Zoom dibekalkan dengan kuasa yang lebih dengan menggunapakai cip Snapdragon 855.

Kemudian perbezaan dari segi ukuran skrin dimana Oppo Reno 10X lebih besar iaitu pada 6.6 inci manakala 6.4 inci untuk model biasa. Kedua-duanya memiliki perlindungan Corning Goriila Glass 6.

Penawaran bateri untuk kedua-dua model juga adalah berbeza dengan Oppo Reno 10X Zoom dengan kapasiti 4,065mAh dan 3,765mAh untuk adiknya.

Dan yang paling ketara sudah tentu perbezaan dari segi tetapan kamera. Oppo Reno mempunyai kamera utama 48MP f/1.7 (26mm) dan 5MP depth sensor. Manakala kamera Oppo Reno 10X adalah lebih dominan dengan penambahan lensa periskop telephoto 13MP f/3.0 (130mm) dan juga lensa sudut luas 8MP f/2.2.

Boleh Teropong Awek Jiran Sebelah




Melihat kepada perkembangan telefon pintar tahun ini, rata-rata pengeluar mengetengahkan penggunaan lensa telefoto dan sudut luas terutamanya kepada model flagship mereka.

Oppo Reno 10X Zoom turut menggunpakai 3 trio lensa ini. Ini bermakna pengguna mempunyai lebih kebebasan untuk menggunakan keupayaan ketiga-tiga lensa mengikut situasi yang berbeza.

 1. Kamera Utama 48MP f/1.7 (26mm)



2. Lensa Sudut Lebar 8MP f/2.2 (16mm)



3. Keupayaan Zoom Sehingga 60X


Peranti ini mempunyai kebolehan zoom optikal sehingga 10X dan boleh pergi sejauh 60X (130mm) secara digital.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=eNJVJ07LhBQ[/embed]

Main Game Pon Sodap


Kami sudah mengerah tenaga batin Oppo Reno dengan Snapdragon 710 dan dapat memainkan kebanyakkan permainan pada tetapan paling tinggi. Maka anda boleh jangkakan Oppo Reno 10X Zoom, yang hadir dengan Snapdragon 855, dapat menggalas segala jenis permainan dengan sangat baik.

Melalui antaramuka Color OS versi 6.0, Oppo Reno menyediakan ciri Game Space. Melalui Game Space, ia akan mengoptimumkan paparan peranti supaya serasi dengan apa yang ditawarkan oleh permainan tersebut.

Ia juga dapat memudahkan pemain untuk menghalang segala notifikasi dan panggilan yang masuk. Ciri ini turut menghadkan sambungan rangkaian supaya tidak menganggu permainan.

Pengecasan VOOC Tapi Tidak Selaju Oppo R17 Pro




Oppo Reno membawakan sokongan pengecasan pantas VOOC 20W. Walaupun pengecasan 20W sudah cukup laju tetapi agak menyedihkan apabila mereka tidak membawakan sokongan pengecasan Super VOOC Flash 50W seperti yang diketengahkan pada Oppo R17 Pro.

Pengecasan Oppo Reno dari 0-100% mengambil masa 1jam 17minit (3,765mAh) manakala untuk Oppo Reno 10X Zoom mengambil masa sekitar 1jam 35 minit (4,065mAh).

Adakah Ia Berbaloi Untuk Dimiliki?




Jika anda sudah berpuas hati dengan cip kelas pertengahan Snapdragon 710, dan tidak memerlukan kamera zoom, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mendapat Oppo Reno. Snapdragon 710 adalah cip kelas pertengahan yang berkemampuan tinggi, merapatkan jurang antara cip Snapdragon flagship dan midrange.

Ia juga dilihat mampu menandingi cip flagship Snapdragon 835. Walaupun harga untuk Oppo Reno sedikit keras berbanding model setaraf dipasaran yang lain, iaitu pada RM1999, tetapi anda akan dapat sebuah peranti yang mempunyai rekaan estatik yang anggun dan menawan bersama kamera hadapan pop-up sirip jerung.



Tetapi jika anda mahukan peranti berkuasa tinggi bersama kamera berkeupayaan zoom dan sudut luas, alihkan pandangan anda kepada Oppo Reno 10X Zoom.

Ia sudah pun dijual pada harga RM3,399 untuk RAM 8GB dan 256GB storan. Jika dibandingkan dengan peranti flagship premium yang lain seperti Huawei P30 Pro atau OnePlus 7 Pro, harga yang ditawarkan ini adalah masuk akal.

Oppo Reno 10X Zoom juga pada kami dilihat menjadi alternatif terbaik jika anda keberatan untuk mendapatkan Huawei P30 Pro untuk keupayaan zoomnya.