OPPO Raikan Tahun Baru Cina Dengan Tawaran Pembelian Peranti Serendah RM571

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, OPPO ingin berkongsi kemeriahannya bersama pelanggan setia dengan mengadakan pelbagai tawaran menarik.

Menerusi tawaran ini OPPO menawarkan peranti OPPO A5 2020 dan OPPO Reno. OPPO A5 2020 ditawarkan dengan harga istimewa iaitu RM 571 sahaja. OPPO A5 2020  dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 665. Ia tersedia dengan RAM 3GB serta ruang storan 64GB ROM bagi menyimpan segala bahan media.



Manakala bagi OPPO Reno pula anda boleh dapati dengan harga RM 1311 selepas menggunakan baucer RM 88 dengan perbelanjaan minimum RM 1288. OPPO Reno dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 710 dan ditampilkan dengan dengan kamera utama 48MP. Ia juga hadir dengan VOOC Flash Charge 3.0.

Tawaran ini bermula 15 sehingga 17 Januari 2020 di kedai atas talian Shopee dan Lazada.



Sementara itu, OPPO juga menawarkan beberapa baucer iaitu pelanggan boleh mendapat potongan sebanyak RM 28 dengan minimum perbelanjaan RM 599. Pelanggan juga berpeluang mendapat 'CNY GIFT BOX' yang bernilai RM 138 dengan perbelanjaan atas RM 1000. Tawaran bagi baucer 'CNY GIFT BOX' ini bermula 17 sehingga 27 Januari 2020.