Telefon pintar terbabit bakal tampil dengan dua saiz yang berbeza yang mana R9s dengan skrin paparan 5.5 inci, dan satu lagi model dikenali sebagai R9s Plus dilengkapi dengan skrin paparan 6 inci. Kedua-duanya akan menggunakan resolusi paparan yang sama iaitu HD penuh (1920 x 1080). Untuk cip pemprosesan pula, masing-masing akan diperkasa dengan Qualcomm Snapdragon 625 2.0 Hz dan Qualcomm Snapdragon 623 1.95GHz.
Selain itu, R9s hadir dengan RAM 4GB manakala versi Plus pula dengan RAM 6GB. Storan dalaman model-model ini berkapasiti 64GB disamping bateri berkuasa 3010 mAh dan 4000 mAh. Tumpuan utama telefon siri R9s adalah kamera utama 16 megapiksel menggunakan sensor Sony IMX398 tetapi versi Plus akan dilengkapkan dengan penstabilan imej optik. Terdapat juga satu lagi kamera 16-megapiksel pada bahagian hadapan telefon.
Buat masa sekarang, tidak dapat dipastikan lagi sama ada OPPO akan memasarkan kedua-dua versi serentak atau tidak. Walaubagaimanapun, diyakini bahawa tarikh pelancara OPPO R9s dan OPPO R9s Plus akan diumumkan tidak lama lagi selepas papan tanda elektronik membayangkan model ini telah dipasang di Kuala Lumpur.
Sumber: lowyat.net
Berkaitan
- Huawei Mate 10 Boleh Dimiliki Pada Harga Bawah RM2000
- #MWC2019 - Nokia Lancarkan Telefon Pintar Dilengkapi Dengan 5 Kamera
- Nokia 9.2 PureView Mungkin Guna Kamera Selfie Dibawah Paparan
- Apple Dijangka Guna Skrin Paparan Berlubang Untuk Ganti Takuk iPhone Pada 2020
- Xiaomi Mi Play Dilancar Secara Rasmi, Dilengkapi MediaTek Helio P35 Dan Bateri 3000mAh
- Guru Tidak Dibenarkan Lagi Membawa Atau Menggunakan Telefon Pintar Ketika Didalam Kelas
- Rakyat Malaysia Kerugian RM113 Juta Akibat Penipuan Menerusi Telefon Dan SMS
- Ryzen Generasi Kedua Bakal Dilancar April Ini
- MIUI 12 Mungkin Diperkenalkan Pada Suku Ke-3 Tahun Ini
- IPhone 6s Plus Menerima Potongan Sehingga RM700 Bagi Variasi 32GB Dan 128GB