Oppo R9S Adalah Telefon Android Terlaris Di Dunia Ketika Ini

OPPO yang suatu ketika dahulu merupakan telefon pintar alternatif bajet, kini menjadi salah satu daripada syarikat telefon terbesar di dunia. Oppo mengungguli takhta telefon pintar di pasaran China menewaskan seteru mereka Huawei dan Xiaomi untuk tahun 2016.

Oppo telah menjual sebanyak 78.4 juta unit pada 2016 yang merangkumi 16.8% pasaran saham di China dengan penjualan beberapa telefon kelas pertengahan dan flagship mereka Oppo F1s  dan Oppo R9s dengan bertemakan ‘selfie expert‘.

Walaupun Huawei mendominasi pasaran di China ketika ini, tetapi OPPO yang menjadi telefon Android paling laris dijual secara global dengan OPPO R9s mereka.

Michael Tran, Pengarah Exekutif OPPO Australia berkata "Walaupun OPPO tidak beroperasi di banyak negara seperti pesaing yang lain, kami sangat berbangga dengan pencapaian di suku pertama tahun ini dengan 2.5% pasaran global untuk R9s".

vb

OPPO pada ketika ini telah menjual 8.9 juta unit ke seluruh dunia. Jika dilihat ianya adalah satu pencapaian yang menakjubkan. Menurut satu firma penyelidikan, Strategy Analytics iPhone 7 merupakan telefon paling laris dijual pada suku pertama tahun ini dengan penjualan 21.5 juta unit dan 17.4 juta unit untuk model iPhone 7 Plus.

Isu Samsung Note 7 memainkan peranan besar dalam melonjakkan OPPO dan iPhone berada di atas, sedikit sebanyak memberi kesan yang buruk terhadap kepercayaan pengguna.

Samsung berada di tempat ketiga jenama paling laris dijual dengan telefon kelas pertengahan Galaxy J3 dan J5. Tetapi tahun ini nampaknya Samsung tidak akan memberi laluan mudah kepada pesaing lain dengan mengetengahkan flagship S8 mereka awal bulan lepas.

Sama-sama kita lihat untuk penggal ke dua 2017 nanti.

Sumber Sumber 2