Oppo R17 Pro Warna Hijau Zamrud Akan Ditawarkan Di Pasaran Malaysia

Oppo memang dikenali sebagai satu syarikat pengeluar yang sentiasa mengutamakan keindahan binaan peranti bagi menarik minat pengguna. Ia termasuklah pada model keluaran terbaharu mereka, Oppo R17 Pro.

Malah, mereka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa satu variasi warna baharu bagi model tersebut akan menemui pengguna di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Oppo R17 Pro Emerald Green(hijau zamrud) ini bakal tiba di negara ini tidak lama lagi dengan jumlah yang terhad. Bagaimanapun, Oppo tidak menyatakan jumlah unit yang akan ditawarkan nanti.

Kapsyen: Kredit: Oppo


Oppo Malaysia dijadualkan akan memperkenalkan model Oppo R17 Pro pada Khamis ini(22 Nov) dan model Emerald Green ini dijangka akan turut diperkenalkan pada majlis pelancaran itu nanti.

Oppo R17 Pro akan hadir dengan cip Snapdragon 710, dwi-kamera utama dengan bukaan lensa boleh laras serta skrinĀ  AMOLED bersaiz 6.4-inci dengan resolusi FHD+. Ia bakal dijalankan dengan antaramuka ColorOS 5.2 yang berlandaskan Android 8.1 Oreo.

Dari segi bateri pula, Oppo R17 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang disokong oleh pengecasan pantas SuperVOOC. Selain Emerald Green, satu lagi warna yang ditawarkan ialah Stream Blue.

Harga jualan bagi pasaran tempatan hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

 

Sumber: OPPO