Oppo R17 Diperlihatkan Buat Kali Pertama, Memberi Gambaran Bagi Rekaan OnePlus 6T

Baru-baru ini, Oppo telah pun mendedahkan secara rasmi reka bentuk peranti kelas pertengahan mereka, Oppo R17. Peranti berkenaan hadir dengan rekaan takuk kecil di bahagian dahi yang menempatkan kamera swafotonya.

Kredit : GizmoChina

Ia juga menggunakan cip pemprosesan kelas pertengahan terbaru dari Qualcomm, Snapdragon 670. Selain itu, peranti ini akan didatangkan dengan skrin FHD+ 6.4 inci, 8GB RAM, 128GB storan dalaman serta bateri berkapasiti 3,500 mAh.

Namun, apa yang menarik mengenai pendedahan tersebut ialah ia seolah-olah memberi gambaran awal berkenaan reka bentuk peranti OnePlus 6T. Umum mengetahui bahawa kedua-dua pengeluar ini dimiliki oleh syarikat induk yang sama.

Kredit : Waqar Khan Tech

Waqar Khan Tech telah menghasilkan beberapa imej konsep bagi model OnePlus 6T. Menerusi imej-imej tersebut, ia memperlihatkan takuk kecil pada bahagian atas sisi depan peranti sama seperti Oppo R17.

Manakala, seperti yang sering tertiris sebelum ini, 6T dijangka akan hadir dengan fungsi tri-kamera. Bagaimanapun, tiada pengimbas cap jari dapat diperhatikan pada panel belakang imej konsep tersebut.

Imej OnePlus 6

Ia seolah-oleh menguatkan lagi ura-ura bahawa OnePlus 6T ini akan mempunyai sensor pengimbas cap jari yang terbina di dalam skrin. Walaubagaimanapun, imej yang dihasilkan ini hanyalah konsep sahaja dan bukan rasmi.

Maka, kita mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum dapat mendengar sebarang ulasan daripada pihak OnePlus berkenaan perkara ini.

 

Sumber

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408