Oppo Pula Bakal Lancarkan Telefon Dengan Kamera 48MP Pada 5 Mac Ini

Sensor kamera 48MP nampaknya muncul sebagai satu tetapan yang menjadi pilihan oleh kebanyakan pengeluar telefon pintar pada tahun ini.

Selepas digunakan pada model-model seperti siri Redmi Note 7, Xiaomi Mi 9 dan Honor View20, tetapan ini juga akan digunapakai pada Oppo F11 Pro yang akan dilancarkan pada 5 Mac nanti.

Kapsyen: OPPO


Selain itu, Oppo F11 Pro ini juga dilengkapi oleh kamera swafoto periskop 16MP bagi membolehkan paparan penuh tanpa takuk ditawarkan.

Setakat ini, pihak Oppo hanya mengesahkan beberapa perkara lain mengenai peranti ini.

Antaranya, ia akan hadir dengan tetapan dwi-kamera utama 48MP+5MP, 6.5-inci Panoramic Screen serta menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0.

Kapsyen: OPPO


Bagaimanapun, satu senarai spesifikasi peranti ini telah tertiris atas talian, di mana Oppo F11 Pro ini didakwa akan didatangkan dengan cip MediaTek Helio P70, 6GB RAM dan 64GB/128GB simpanan dalaman.

Ia bakal dijalankan dengan sistem ColorOS 6.0 berlandaskan Android 9 Pie dan dijana oleh bateri berkapasiti 4,000mAh.

Oppo F11 Pro ini akan dilancarkan di India terlebih dahulu pada 5 Mac ini namun ia dijangka tidak mengambil masa yang lama untuk tiba ke pasaran Malaysia kelak.

 

Sumber: OPPO   MySmartPrice