Ikuti kami di media sosial

Berita

OPPO Perkenalkan Model Edisi Terhad Barcelona FC OPPO Reno 10x Zoom

ariff bukhari

Ditulis

pada

Sempena meraikan jalinan kerjasama antara 2 pihak yang disambung dari sebelum ini.

OPPO hari ini meraikan sambungan jalinan rakan sekutu bersama pasukan bola sepak popular dunia, Barcelona FC dengan memperkenalkan model Edisi Terhad Barcelona FC OPPO Reno 10x Zoom.

Acara rasmi pengenalan produk itu telah diadakan bersama dengan pengumuman jalinan tersebut yang berlangsung di Stadium Camp Nou, Barcelona.

“We are proud to expand our work with FC Barcelona. It’s a partnership that demonstrates why Barca is More than a Club, and OPPO is more than just a smartphone company”

Alen Wu, Naib Presiden Global, Presiden Perniagaan Luar Negaradi OPPO.

Jalinan hubungan rapat antara OPPO dan Barcelona FC ini yang sudah pun berlangsung selama 4 tahun ini, sekaligus menjadikan ia yang paling lama pernah dicapai antara syarikat telefon pintar dari China dengan kelab bola sepak Eropah.

Kerjasama antara 2 organisasi ini akan menguat dan mendekatkan lagi komuniti terhadap kelab Barcelona FC dan juga produk OPPO dengan berkongsikan nilai yang sama iaitu minat, kreativiti, inovasi dan kesempurnaan.

Bagi memperingati kerjasama ini, model OPPO Reno 10x Zoom yang telah diperkenalkan secara rasminya di Malaysia dalam bulan Mei  telah dipilih bagi meraikannya.

Edisi Terhad Barcelona FC OPPO Reno 10x Zoom ini yang menggabungkan seni dan teknologi diwarnakan dengan warna magis biru dan garnet yang dimiliki Barcelona FC serta turut memaparkan logo kelab bola sepak tersebut.

Selain didatangkan bersama aksesori khas bagi dipadankan bersama peranti tersebut, edisi terhad peranti ini juga turut dipasangkan dengan perisian khas yang memaparkan pilihan wallpaper eksklusif, ikon dan banyak lagi.

Edisi Terhad Barcelona FC OPPO Reno 10x Zoom ini dilengkapi dengan storan 256GB dan RAM 8GB.

Sejak menjalinkan kerjasama dari tahun 2015, OPPO dan Barcelona FC telah bersama mengeluarkan beberapa model telefon pintar edisi terhad mereka. Bermula dari edisi terhad OPPO R7 Plus (2015), R9 (2016), F3 (2017), R11 Plus (2017) dan yang terbaru pada model OPPO Reno 10x Zoom (2019).

OPPO yang kini jenama telefon pintar ke-5 terbesar di dunia kini mensasarkan untuk menguasai pasaran telefon pintar di Eropah. Menerusi kerjasama yang dijalinkan ini, OPPO mampu mendekati 200 juta peminat kelab bola sepak Barcelona di seluruh dunia, menjadikan strategi ini sebagai salah satu elemen penting dalam usaha meluaskan lagi empayar telefon pintar mereka.

Telefon pintar Edisi Terhad Barcelona FC OPPO Reno 10x Zoom ini dijangka akan mula hadir di pasaran Eropah, Asia Tenggara dan Asia Pasifik tidak lama lagi.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular