OPPO Patenkan Rekaan Mirip Model Find X Tetapi Dengan Dua Kamera Swafoto

OPPO Find X dilancarkan tahun lalu dengan rekaan yang boleh dikatakan menawan serta unik. Kedua-dua bahagian kamera depan dan belakangnya disembunyikan dengan mekanisma gelongsor bagi memberi ruang kepada paparan skrin yang lebih luas digunakan.

Baru-baru ini, timbul pula laporan yang menyatakan paten syarikat dari China itu telah diluluskan EUIPO.



Boleh dikatakan mirip seperti model Find X, gambarajah paten memperlihatkan penggunaan dua kamera swafoto (Find X 1 kamera swafoto). Sementara itu, lensa belakang pula tidak disembunyikan dengan diletakkan pada panel yang bergerak.



Antara perbezaan lain boleh dilihat pada rekaan yang memisahkan panel bergerak dengan badan peranti.

Imej juga tidak menunjukkan sebarang sensor pengimbas cap jari yang berkemungkinan, model ini akan menggunapakai sensor imbasan pada skrin atau mengikut jejak langkah Find X yang bergantung pada imbasan wajah sahaja. Mungkin juga imej ini tidak menggambarkan ciri-ciri lain yang terdapat padanya.

Buat masa sekearang, ia hanyalah rekaan yang dipatenkan oleh OPPO dan sama-sama kita nantikan sama ada ia akan dikeluarkan untuk pasaran atau tidak.

Sumber: EUIPO via GSMArena