OPPO OEM Terbaru Didapati Menipu Dalam UL Benchmark

Nampaknya bukan Huawei sahaja melakukan perkara ini malah pengeluar telefon pintar terkenal China, OPPO juga telah didapati melakukan pengubahsuaian tersendiri bagi mendapatkan markah yang tinggi dalam ujian penanda aras mereka.

UL Benchmark yang mempunyai jenama seperti 3D Mark dan PC Mark untuk menguji peranti telefon pintar dalam ujian penanda aras telah mengeluarkan peranti OPPO dari senarai peranti diuji mereka selepas mendapati yang peranti tersebut telah diubah secara sengaja bagi mendapatkan penarafan yang tinggi.

OPPO memberikan kenyataan mengenai perkara ini dengan mengatakan peranti mereka menggunakan teknologi A.I bagi mengesan beban kerja yang ditampung oleh peranti mereka seterusnya secara automatik memaksa peranti untuk masuk ke dalam mod ekstrim.

UL bagaimanapun menolak dakwaan OPPO kerana mereka mendakwa peranti mereka hanya memilih aplikasi tertentu berdasarkan nama untuk mod ekstrim dan bukannya melalui beban kerja yang ditanggung semasa proses penggunaan.

Tech2 menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam dan mendapati yang peranti yang disebutkan di atas juga mengalami kesan suhu panas yang melampau. Ini secara langsung memberikan risiko bahaya kepada pengguna mereka.

Graf berwarna kuning menandakan prestasi diukur menggunakan aplikasi 3D Mark dari UL Benchmark sendiri dan graf hitam merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun di PlayStore

Untuk OEM yang tidak mengubah prestasi peranti mereka secara tidak semula jadi, markah antara graf kuning dan hitam tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.

Ini bukan kali pertama dan bukan OPPO sahaja yang pernah melakukan perkara ini berulang kali. Nama-nama lain seperti HTC, Samsung, dan OEM lain juga pernah terlibat dengan perkara ini pada masa lampau.

Dan apa yang pasti, mereka tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama berulang kali pada masa akan datang.

Sumber: Tech2, UL Benchmark

Zacky Venge

Zacky Venge

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408