Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo 240w

OPPO Mungkin Sokong Pengecasan 240W, Cas Penuh Hanya 9 Minit

Diterbitkan Jun 28, 2022 · Dikemas kini Jun 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Oppo dilaporkan mungkin akan mengeluarkan telefon pintar dengan pengecasan pantas 240W tak lama lagi.

Teknologi pengecasan sudah makin meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bermula dari hanya 20W, sehingga yang 150W yang baru sahaja dikeluarkan untuk realme GT Neo 3, ia membolehkan pengguna mengecas penuh telefon hanya dalam beberapa minit.

Menariknya, Oppo dikhabarkan sedang membangunkan pengecasan pantas 240W untuk telefon pintar terbaharu mereka yang akan dilancarkan tak lama lagi.

Menurut GizmoChina, 240W mampu mengecas telefon dari kosong sehingga penuh hanya dalam tempoh 9 minit sahaja.

Terdahulu, syarikat itu juga pernah mengumumkan sudah membangunkan teknologi pengecasan SuperVooc 240W dan boleh mengecas bateri 4500mAh hanya dalam 9 minit.

Walau bagaimanapun, Oppo masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hal ini jadi sama-sama kita nantikan.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY