Oppo Mungkin Akan Memperkenalkan Satu Siri Baru Pada 10 Oktober Ini

Syarikat pengeluar telefon pintar dari China, Oppo dikhabarkan akan memperkenalkan satu lagi siri baru dibawah jenama mereka iaitu Oppo K. Peranti pertama bagi siri berkenaan adalah Oppo K1, dan dilaporkan bakal dilancarkan pada 10 Oktober ini.

Sebelum ini, dua buah model Oppo dengan nombor model - PBCM10 dan PBCM30 tekah disenaraikan di laman TENAA. Ia berkemungkinan besar merupakan dua variasi berbeza bagi model Oppo K1 ini nanti.

Kredit : Digit


Menurut penyenaraian berkenaan, Oppo K1 ini akan menggunakan skrin jenis AMOLED 6.4-inci dan hadir dengan dua variasi iaitu 4GB RAM + 64GB simpanan dalaman serta 6GB RAM + 128GB simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, peranti ini dijangka akan hadir dengan dwi-kamera utama 16MP+2MP dan lensa 25MP bagi kamera swafotonya. Peranti ini turut akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,500mAh dan dijalankan dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo berlapiskan Color OS.

Walaubagaimanapun, model Oppo Find X dengan 10GB RAM turut dilihat tersenarai pada laman TENAA seperti yang kami laporkan sebelum ini.

Kredit : Weibo


Maka, melihat pada tarikh dan masa dalam imej poster acara di atas, mungkin juga majlis yang dimaksudkan adalah melancarkan model berkenaan dan bukannya Oppo K1 ini. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber