Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G

Oppo Electronics Corporation telah mendakwa bahawa mereka merupakan syarikat telekomunikasi di dunia yang telah berjaya menghasilkan panggilan video 5G. Demonstrasi panggilan itu telah dijalankan oleh OPPO Global Research Institute (Shenzhen) dengan menggunakan teknologi struktur cahaya 3D.



Dengan bantuan prototaip terminal 5G keluaran syarikat Qualcomm Technologies, panggilan video 5G yang didemonstrasikan oleh OPPO ini akan dapat menghasilkan imej potret 3D. Berdasarkan kejayaan demonstrasi ini, ia akan menjadikan tekonologi 5G sebagai salah satu fokus utama oleh industri dalam masa yang akan datang.

Peranti Oppo R11s telah digunapakai dalam menjalankan demonstarsi tersebut. Ia telah diubahsuai dengan menggunakan sebuah integrated structured light camera. Demo tersebut telah mengumpulkan warna dan informasi kedalaman 3D objek sasaran dengan menggunakan kamera tersebut serta fungsi RGB.

Maklumat ini kemudiannya akan dihantar melalui teknologi 5G sebelum imej 3D yang telah terhasil dipaparkan pada skrin paparan jarak jauh.


Tang Hai, Pengarah Kumpulan Penyelidikan Standardisasi di Institut Penyelidikan OPPO memberitahu media, mereka sudah terlibat dengan kajian dan pembangunan teknologi 5G ini selama lebih 3 tahun. Dan pada awal tahun ini, satu kerjasama telah dipersetujui dengan pihak Qualcomm bagi membangunkan teknologi ini.


Menurut kata Bai Jian yang bertindak sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perkakasan pula, beliau sangat yakin bahawa Oppo akan berjaya menghasilkan sebuah peranti 5G dalam tempoh 6 bulan mendatang sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi pertama di dunia melakukan sedemikian.



Sebelum ini, syarikat telekomunikasi Qatar iaitu Ooredoo telah menjadi yang pertama di dunia untuk memperkenalkan servis perhubungan 5G namun tidak menghasilkan sebarang peranti yang menyokong teknologi tersebut. Untuk pengetahuan anda, mereka menamakan teknologi tersebut sebagai 'Ooredoo Supernet'.

Sumber